Utusan Borneo (Sabah)

9,378 diperiksa dari 940 penginapan pekerja

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Seramai 9,378 pekerja diperiksa membabitka­n sebanyak 940 penginapan dalam Operasi Bersepadu Pemeriksaa­n Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja di bawah Ordinan Darurat (EO).

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sabah Wan Zulkifli Wan Setapa berkata, daripada jumlah itu, seramai 4,836 orang adalah pekerja tempatan dan 4,542 pekerja asing.

Katanya, pemeriksaa­n yang dijalankan sejak 2 Mac lepas membabitka­n sebanyak 240 majikan di Sabah.

“Sebanyak 1,367 kesalahan dikesan semasa pemeriksaa­n dijalankan dan syor pematuhan dikeluarka­n kepada majikan yang terlibat.

“Ada majikan yang membenarka­n pekerja tinggal bersama ahli keluarga walaupun didapati penginapan mereka tidak memenuhi peruntukan asas undangunda­ng,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Operasi Bersepadu Pemeriksaa­n Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja di bawah EO (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) Akta 446 (Pindaan) 2021 di sini semalam.

Operasi berkenaan diketuai oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih.

Wan Zulkifli berkata, keluasan ruang penginapan untuk seorang pekerja yang dibenarkan adalah 3.6 meter persegi dan menjadi kesalahan jika ruang yang digunakan melebihi jumlah pekerja.

Menurutnya, JTK perlu melihat sama ada struktur rumah yang disediakan majikan selamat didiami atau tidak.

“Sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) meluluskan permohonan majikan untuk perakuan penginapan, JTK akan melihat dari segi bilangan pekerja dan kemudahan lain seperti katil, tilam, bekalan elektrik serta air.

“Sekiranya majikan tidak memohon perakuan penginapan, ia satu kesalahan dan JTK boleh mengambil tindakan,” jelasnya.

Beliau berkata, EO berkenaan dilaksanak­an bermula 26 Februari 2021 memandangk­an sebelum ini tidak ada undang-undang atau akta yang berkaitan dengan perumahan penginapan dan kemudahan pekerja.

Katanya, EO berkaitan dengan perumahan penginapan dibuat semata-mata bagi menyekat penularan jangkitan COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia