Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama penting dalam menjamin pembanguna­n: Azizah

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Kerjasama antara Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) dan wakil rakyat di kawasan masing-masing amat penting dalam memastikan segala perancanga­n pembanguna­n yang dirancang kerajaan mencapai matlamat.

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun berkata, usaha sama gandingan itu sudah pasti akan memberi impak baik yang secara tidak langsung akan memberi manfaat jangka masa panjang kepada rakyat.

Ini katanya, segala keperluan serta sebarang masalah yang dihadapi rakyat di akar umbi dapat dibincangk­an dan ditangani secara bersama untuk menyelesai­kan perkara yang dibangkitk­an itu.

Tambahnya, kerjasama UPPM serta pemimpin masyarakat lain juga penting dalam memastikan kesejahter­aan rakyat sentiasa diberikan perhatian sewajarnya sekali gus membawa perubahan yang diperlukan.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis kunjungan rombongan UPPM Klias dan UPPM ibu pejabat di Pejabat Khidmat Rakyat

Parlimen (PKRP) Beaufort, kelmarin.

Turut hadir dalam kunjungani­tu,PengarahUP­PMSabah Datuk Matbali Musah.

Dalam perkembang­an sama, Matbali turut mengingatk­an semua UPPM supaya memainkan peranan di kawasan masing-masing dalam membantu rakyat dan golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang mahupun perbezaan fahaman.

Justeru beliau mahu agar semua UPPM supaya fokus terhadap tugas yang diamanahka­n kepada mereka bagi membantu kerajaan melaksanak­an segala dasar dan program yang dirancang demi kebaikan rakyat.

Katanya, sekiranya tugas itu dilaksanak­an dengan baik ia sudah tentu akan memberi gambaran positif dan meningkatk­an keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang menerajui pentadbira­n hari ini.

 ??  ?? ALBUM: Azizah (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Matbali (enam kanan) dan rombongan.
ALBUM: Azizah (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Matbali (enam kanan) dan rombongan.
 ??  ?? BINCANG: Azizah (tengah) dan Matbali (kanan) berbincang dalam satu majlis kunjungan yang diadakan.
BINCANG: Azizah (tengah) dan Matbali (kanan) berbincang dalam satu majlis kunjungan yang diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia