Utusan Borneo (Sabah)

7,774 pelajar SIKK dan CLC mulakan pembelajar­an bersemuka

- Oleh Abd Naddin Shaiddin

KOTA KINABALU: Seramai 7,774 siswa Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK) dan 80 Pusat Pembelajar­an Komuniti (CLC) di kawasan Wilayah Kerja Konsulat Jenderal Republik Indonesia memulakan pembelajar­an secara bersemuka bermula Isnin lalu.

Pelaksana Tugas Fungsi Sosial dan Budaya KJRI Kota Kinabalu Debbi Oktarossa berkata, pelajar-pelajar sangat bersemanga­t untuk semula ke sekolah bagi memulakan pembelajar­an secara bersemuka.

“Meskipun sekolah melaksanak­an penjarakan fizikal dan mewajibkan pelajar menggunaka­n pelitup muka, tidak ada halangan bagi pelajar mengikuti pembelajar­an,” katanya ketika mengadakan tinjauan di SIKK dan CLC Grace Centre di Penampang dan CLC Hanim di Kota Kinabalu.

Pembelajar­an secara bersemuka terpaksa dihentikan sejak Oktober 2020 akibat penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanap­un, pembelajar­an secara bersemuka terpaksa dibuka secara berperingk­at iaitu peringkat SMA/SMK untuk SIKK manakala sekolah rendah untuk CLC dengan pembahagia­n sesi mengikuti kapasiti ruangan kelas selaras dengan SOP dan peraturan yang dibuat oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Dalam perkembang­an berkaitan, Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Kota Kinabalu Krishna Djelani menggesa tenaga pendidik, ibu bapa dan pelajar sentiasa mematuhi SOP dan protokol kesihatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menurutnya, KJRI Kota Kinabalu akan sentiasa memantau pelaksanaa­n pembelajar­an secara bersemuka di SIKK dan CLC di seluruh negeri agar sentiasa mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan mengikut keadaan semasa.

Terdapat sebanyak 98 CLC dan SIKK dengan jumlah pelajar sebanyak 10,433 orang. Bagaimanap­un, belasan CLC di Wilayah Keningau dan Nabawan masih belum beroperasi lagi.

 ??  ?? TINJAU: Suasana kelas di CLC Hanim.
TINJAU: Suasana kelas di CLC Hanim.
 ??  ?? PATUHI SOP: Pelajar digesa agar patuhi SOP.
PATUHI SOP: Pelajar digesa agar patuhi SOP.
 ??  ?? BERSEMUKA: Suasana pembelajar­an secara bersemuka.
BERSEMUKA: Suasana pembelajar­an secara bersemuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia