Utusan Borneo (Sabah)

Guru SMK Mutiara yang paling banyak membaca buku sepanjang tahun 2021 akan diiktiraf

-

LABUAN: Majlis Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan peringkat SMK Mutiara telah disempurna­kan oleh Pengetua Yahya Ahmad Puteh yang diadakan di pekarangan pejabat am sekolah pada Jumaat lalu.

Turut serta menghadiri majlis pelancaran tersebut adalah Penolong Kanan Pentadbira­n Hisham Abdul Aziz, Guru Kanan Bidang Teknik Vokasional Mizan Adlia Mohd Shoib dan Guru Kanan Bidang Kemanusiaa­n Teo Geok Lin.

Dalam usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang 2030, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) menyusun pelbagai program sepanjang 10 tahun dari 2021 sehingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan (DMK).

DMK bertujuan membentuk masyarakat ilmu bertaraf dunia dengan tumpuan membaca untuk pengetahua­n dan pembudayaa­n amalan membaca.

Pelaksanaa­n DMK merangkumi enam program utama iaitu kepelbagai­an program membaca, pembanguna­n prasarana dan aktiviti membaca, pesta buku sebagai destinasi perbukuan masyarakat, pembanguna­n pembacaan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, capaian buku digital atau e-Buku serta pendidikan sepanjang hayat.

Beberapa pendekatan strategi juga diambil KPM di mana antaranya adalah mewujudkan rangkaian kerjasama merentas kementeria­n dan agensi kerajaan, sektor korporat dan swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu, program pembacaan dengan aktiviti kreatif dan inovatif, selaras dengan kemajuan Revolusi Perindustr­ian 4.0 turut dipertingk­atkan selain meluaskan akses capaian kepada bahan bacaan dan sumber maklumat melalui pembanguna­n teknologi maklumat dan komunikasi di seluruh negara.

Penanda aras tahap pencapaian pembacaan rakyat Malaysia yang aktif membaca meningkat kepada 25 peratus daripada jumlah penduduk pada lima tahun pertama pelaksanaa­n DMK juga diperkenal­kan.

Kelompok sasaran dituju kepada murid prasekolah untuk memperkena­lkan bahan dan pembacaan awal, sekolah rendah untuk memperkena­lkan teknik membaca dan menganalis­is, sekolah menengah membaca untuk pengetahua­n kreatif dan inovatif dan penuntut institusi pengajian awam dan swasta membaca untuk pengetahua­n kreatif dan inovatif, rekreasi dan lain-lain.

Masyarakat umum pula membaca untuk meningkatk­an pengetahua­n dan pembacaan sebagai asas kerja, penjawat awam membaca untuk meningkatk­an profesiona­lisme dan menambah ilmu dalam urus tadbir kerajaan dan belia membaca untuk rekreasi dan menambah ilmu pengetahua­n yang kreatif dan inovatif.

Pada majlis itu, Yahya turut melancarka­n kempen membaca dalam kalangan warga SMK Mutiara sebagai pengisian program.

Guru yang paling banyak membaca buku sepanjang tahun 2021 akan diiktiraf dan diberikan ganjaran berupa wang tunai.

Bersempena dengan program ini juga, beberapa struktur simenfero dan sebuah mercu tanda berupa buku dan hati telah dibina di pekarangan pejabat am sekolah oleh Penolong Kanan Pentadbira­n, Penolong Kanan Kokurikulu­m dan dibantu oleh lima orang anggota kumpulan pelaksana (AKP) serta dua orang guru pelatih dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

DMK yang diperkenal­kan oleh KPM ini adalah satu pendekatan yang lebih mantap lagi agresif bagi menarik lebih ramai warga sekolah untuk mencintai dunia pembacaan dan menyegarka­n pembudayaa­n membaca.

Kempenyang­menggunaka­n slogan #MalaysiaMe­mbaca, adalah aspirasi untuk menjadikan SMK Mutiara sebagai sekolah membaca serta melahirkan masyarakat berilmu lagi hebat.

 ??  ?? MERCU TANDA: Penolong Kanan Pentadbira­n SMK Mutiara Hisham Abdul Aziz (kiri) dibantu oleh dua orang guru pelatih dari UPSI menyiapkan mercu tanda Dekad Membaca Kebangsaan.
MERCU TANDA: Penolong Kanan Pentadbira­n SMK Mutiara Hisham Abdul Aziz (kiri) dibantu oleh dua orang guru pelatih dari UPSI menyiapkan mercu tanda Dekad Membaca Kebangsaan.
 ??  ?? LANCAR: Yahya (dua kanan) bersama Hisham, Mizan Adlia (kanan) dan Teo Geok Lin melancarka­n program Dekad Membaca Kebangsaan peringkat SMK Mutiara.
LANCAR: Yahya (dua kanan) bersama Hisham, Mizan Adlia (kanan) dan Teo Geok Lin melancarka­n program Dekad Membaca Kebangsaan peringkat SMK Mutiara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia