Utusan Borneo (Sabah)

Toleransi tinggi masyarakat di Sabah terus dipertahan­kan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KIULU: Toleransi yang tinggi antara kaum dan agama dalam kalangan masyarakat majmuk di Sabah perlu terus dipertahan­kan.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joniston Bangkuai berkata, Sabah perlu terus menjadi contoh utama toleransi antara kaum dan agama bukan hanya di Malaysia, malah di dunia.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu ini berkata, kerjasama erat di antara parti-parti politik di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menekankan pentingnya menjaga dan mempromosi­kan toleransi agama dan kaum.

Menurutnya, tahap toleransi tinggi adalah kunci kepada hubungan yang harmoni dan persefaham­an baik dalam kalangan masyarakat majmuk di Sabah.

“Kita tidak harus terlalu mendalami isu-isu yang boleh menimbulka­n curiga dan salah faham, melainkan saling berusaha untuk memperkuat­kan persaudara­an dalam agama serta kaum di negeri ini.

“Saya turut berharap rakyat sentiasa peka dan menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang membenarka­n orang bukan Islam menggunaka­n kalimah Allah dalam penerbitan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan gotong-royong membersihk­an kawasan tanah perkuburan orang Islam dan surau di Kampung Malangang

Lama di sini kelmarin.

Joniston berkata, keputusan Mahkamah Tinggi itu perlu diterima dengan semangat persaudara­an sesama rakyat.

Turut hadir, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) daerah Tamparuli dan Kiulu Ustaz Suffian Kundu.

 ??  ?? GOTONG-ROYONG: Joniston (duduk, tiga kanan), Suffian (duduk, tiga kiri) bergambar bersama penduduk yang menyertai gotong-royong berkenaan.
GOTONG-ROYONG: Joniston (duduk, tiga kanan), Suffian (duduk, tiga kiri) bergambar bersama penduduk yang menyertai gotong-royong berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia