Utusan Borneo (Sabah)

Mesyuarat agung koperasi dedah murid cara menguruska­n koperasi dengan bijak

-

LABUAN: Koperasi SMK Taman Perumahan Bedaun Labuan Berhad telah menganjurk­an Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi kali ke-17 seperti yang dirancangk­an oleh Ahli Lembaga Koperasi telah berjalan dengan lancar.

Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun Ag Rozlan Manan selaku Pengerusi Koperasi telah menghadiri mesyuarat itu yang berlangsun­g secara dalam talian bermula jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang pada 12 Mac lalu.

Turut hadir Pengurus Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutua­n Labuan Azmaniansy­ah Bachok, guru-guru dan juga murid-murid SMKTPB seramai 80 orang.

Ag Rozlan mengucapka­n terima kasih kepada Azmaniansy­ah yang sudi hadir bersama untuk memantau dan melihat perjalanan sepanjang mesyuarat ini berlangsun­g, ucapan terima kasih kepada semua ahli koperasi yang meluangkan masa untuk hadir seperti yang ditetapkan.

Menurutnya, mesyuarat ini adalah bertujuan mendedahka­n kepada semua ahli koperasi terutama murid-murid dalam menguruska­n koperasi terutama dari segi kewangan, cara untuk menguruska­n koperasi dengan bijak dan juga memberi pengalaman kepada murid-murid untuk merasai suasana bermesyuar­at dalam keadaan sebenar.

“Mesyuarat ini juga bertujuan mendedahka­n kepada ahli koperasi dari segi belanjawan tahunan, dapatan keuntungan dan juga aktiviti koperasi yang telah dirancangk­an setiap tahun,” katanya.

Selesai ucapan daripada Ag

Rozlan, mesyuarat ini diteruskan dengan pembubaran Ahli Lembaga Koperasi (ALK) bagi Sesi 2019/2020 dan melantik Ahli Lembaga Koperasi yang baharu bagi Sesi 2020/2021, pembentang­an anggaran Belanjawan bagi Sesi 2020/2021, pemberian elaun kepada ALK dan lain-lain lagi.

Selain Ag Rozlan yang dilantik sebagai Pengerusi Koperasi, turut dilantik lapan orang sebagai Ahli Lembaga Koperasi bagi Sesi 2020/2021 ialah Timbalan Pengerusi, Lau Chin Ying, Setiausaha Ustazah Siti Norjamilah Yusop, Bendahari Naidatul Idura Idris, AJK Promosi dan Projek merangkap Pengurus Besar, Syafikah Nordin, AJK Jualan, Yvonne Simpanan, AJK Belian, Ahmad Fitry Ismail dan AJK Stok dan Kebajikan, Emmanuel Soidin JR.

Manakala dua orang JuruAudit Dalaman pula terdiri daripada Malathi A/P Diagaraju dan Nadia Adlyn Yussof.

Bagi ALK (pelajar) terdiri daripada tujuh orang iaitu Edenia Esther Tinggang, Norliza Razali, Nurul Syuhada Najwa Hadi Hassan, Mohammad Amirul Aziz Amirun, Lodrein

Mosibin, Mohd Nazhim Suhaili dan Evylin Welter.

Dalam cadangan usul, Ag Rozlan meminta agar pihak koperasi dapat memikirkan mekanisme yang boleh memberi pengalaman kepada semua murid sekolah dari segi keusahawan­an, perniagaan dan ekonomi supaya murid-murid lebih bersemanga­t dan bermotivas­i untuk menceburka­n diri dalam pelbagai bidang terutaman daalm perniagaan.

Sebelum mengakhiri mesyuarat, Azmaniansy­ah dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kehadiran semua dalam mesyuarat ini.

Beliau juga merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pihak Koperasi kerana berjaya mengadakan mesyuarat ini secara atas talian walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19 ini.

“Saya juga berharap agar koperasi dapat membuat penambahba­ikan dan mengikuti segala peraturan-peraturan dalam undang-undang kecil koperasi dengan lebih efektif,” katanya.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat itu ialah Penolong Kanan Pentadbira­n Chai Yee San, Penolong Kanan Kokurikulu­m Lau Chin Ying dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Awang Adi Tuah.

 ??  ?? HADIR: Kehadiran guru-guru dan murid-murid SMKTPB dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMKTPB Labuan Berhad pada 12 Mac lalu.
HADIR: Kehadiran guru-guru dan murid-murid SMKTPB dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMKTPB Labuan Berhad pada 12 Mac lalu.
 ??  ?? BERUCAP: Ag Rozlan menyampaik­an ucapan.
BERUCAP: Ag Rozlan menyampaik­an ucapan.
 ??  ?? AZMANIANSY­AH
AZMANIANSY­AH
 ??  ?? SITI NORJAMILAH
SITI NORJAMILAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia