Utusan Borneo (Sabah)

Pendidik, pengasuh tadika, taska diutamakan dapat vaksin

Persetujua­n dicapai selepas KWKPK kemukakan maklumat dan data pendidik kepada JPBNS pada 11 Mac lalu

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Seramai 5,703 pendidik dan pengasuh tadika serta taska dari 36 daerah di seluruh Sarawak telah diberi keutamaan bagi mendapatka­n vaksin COVID-19 oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak (KWKPK) Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, persetujua­n tersebut dibuat selepas KWKPK mengemukak­an maklumat dan data pendidik kepada JPBNS pada 11 Mac lalu.

“Persetujua­n ini dibuat selepas mengambil kira tugas pendidik dan pengasuh Insitusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) yang terpaksa melakukan kontak fizikal dengan anak-anak kecil,” katanya pada sidang media vaksinasi bagi IPAKK di pejabatnya semalam.

Beliau bagaimanap­un, menggesa agar IPAKK di seluruh negeri ini memberi persetujua­n dan kebenaran untuk diri mereka disuntik dengan vaksin berkenaan dengan mendaftark­an diri menerusi MySejahter­a, klinik sesihatan kerajaan terdekat, Pejabat Daerah, wwwvaksina­sicovid.gov. my atau menelefon ke 1800888-828.

Kata Fatimah lagi, dijangkaka­n warga IPAKK akan mendapat suntikan vaksin berkenaan dalam fasa pertama yang sedang dijalankan bermula Februari lalu sehingga 31 Mac ini.

Sehingga kini terdapat 41,576 kanak-kanak yang sedang mengikuti sesi persekolah­an di taska dan tadika dalam Zon Merah, Jingga, Kuning dan Hijau di seluruh Sarawak dan sesi pendidikan secara bersemuka serta perhatian penuh amat diperlukan kanak-kanak ini.

Seramai 3,308 guru dan 2,196 pembantu guru atau Pembantu Pengurusan

Murid sudah memulakan sesi pengajaran dan pembelajar­an.

Beliau turut mengingatk­an ibu bapa agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan di mana sahaja mereka berada agar anak mereka di rumah tidak mudah dijangkiti virus berkenaan.

Dalam hal yang berlainan, permohonan Geran Tahunan Khas (GTK) bagi operator taska dan tadika yang telah berdaftar diberikan kelonggara­n.

Katanya, pemohon boleh mengemukak­an sebab untuk tujuan kerja penambahba­ikan kecil untuk keselamata­n kanak-kanak,

Persetujua­n ini dibuat selepas mengambil kira tugas pendidik dan pengasuh Insitusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) yang terpaksa melakukan kontak fizikal dengan anakanak kecil. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

membeli perabot bagi proses pembelajar­an atau membeli barangan elektrik untuk tujuan memasak makanan seimbang untuk kanak-kanak di pusat jagaan mereka.

Permohonan juga boleh dibuat menerusi dalam talian di http://kwkpk.sarawak. gov.my atau secara manual dengan datang terus ke pejabat Bahagian Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak KWKPK.

Pada tahun lepas sebanyak 2,958 iaitu 97 peratus permohonan telah diterima dan diluluskan KWKPK.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Fatimah pada sidang media vaksinasi bagi IPAKK di Kuching semalam.
SIDANG MEDIA: Fatimah pada sidang media vaksinasi bagi IPAKK di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia