Utusan Borneo (Sabah)

Rolland positif Julau akan miliki balai bomba

-

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin berharap permohonan untuk pembinaan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat di Julau akan mendapat respons yang positif daripada pihak agensi dan kementeria­n berwajib dalam tempoh terdekat ini.

Katanya, pembinaan sebuah balai bomba di kawasan ini amat penting memandangk­an kawasan ini belum lagi mempunyai kemudahan seumpamany­a dan hanya bergantung kepada Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor sekiranya terdapat kes-kes kecemasan.

“Dengan pertambaha­n jumlah penduduk di kawasan ini, kita yakin pembinaan sebuah balai bomba pada masa kini amat diperlukan bagi menampung keperluan dan memberikan perkhidmat­an kepada masyarakat terutama bila berlaku situasi yang memerlukan khidmat jabatan ini.

“Bagi merealisas­ikan matlamat ini pihak kita di peringkat kepimpinan masyarakat bersedia menghulurk­an bantuan yang sewajarnya kepada pihak berkaitan berdasarka­n kemampuan kita iaitu dari segi perolehan tapak dan urusan yang berkaitan dengan pembinaan balai,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kunjungann­ya ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, baru-baru ini.

Pada kunjungan tersebut, Rolland disambut Pengarah JBPM Sarawak Khirudin

Drahman.

Menurut Rolland, pembinaan sebuah balai bomba di kawasan berkenaan amat penting pada masa kini terutama dalam langkah melindungi harta benda masyarakat jika berlaku kes-kes kecemasan seperti kebakaran.

“Kita berharap kelulusan kemudahan ini dapat dipercepat­kan lagi dalam usaha menangani kebakaran jika berlaku di rumah-rumah panjang di kawasan ini,” ujar Rolland.

 ??  ?? PERBINCANG­AN: Rolland ketika mengadakan kunjungan ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, baru-baru ini.
PERBINCANG­AN: Rolland ketika mengadakan kunjungan ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia