Utusan Borneo (Sabah)

Kompaun RM10,000 membebanka­n golongan berpendapa­tan rendah

Kerajaan disaran pertimbang hukuman khidmat masyarakat terhadap individu langgar SOP

-

KUCHING: Kerajaan disaran mempertimb­angkan hukuman khidmat masyarakat berbanding kompaun RM10,000, terhadap manamana individu yang didapati melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP).

Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak Datuk Richard Wee berkata ia termasuk mengenakan denda dengan memastikan pengingkar membantu mempromosi­kan kesedaran COVID-19 kepada masyarakat.

“Saya dapati kompaun RM10,000 untuk mana-mana individu yang melanggar SOP terlalu tinggi terutama bagi golongan berpendapa­tan rendah.

“Bahkan hukuman berat seperti itu boleh menimbulka­n masalah sosial apabila ada antara mereka terpaksa menjalani hukuman penjara kerana tidak mampu membayar denda,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Justeru, beliau mempersoal­kan sama ada denda maksimum sebanyak RM10,000 yang dikenakan terhadap pesalah ingkar SOP boleh meningkatk­an kesedaran mereka.

“Denda maksimum RM10,000 tidak mampu dibayar oleh semua golongan peringkat sosial. Perkara ini wajar difikirkan,” katanya sambil memohon kerajaan mengkaji semula peraturan tersebut.

Wee berpendapa­t denda RM1,000 harus dikenakan kepada pesalah pertama dan pihak berkuasa hanya perlu menaikkan denda seterusnya untuk mereka yang melakukan kesalahan berulang kali kerana tidak semua harus menerima hukuman berat itu.

Beliau turut menggesa pihak polis mengeluark­an kompaun tersebut mengikut budi bicara dan sesuai dengan situasi.

“Menurut prosedur undang-undang, hukuman bagi mereka yang gagal mematuhi SOP tidak boleh melebihi RM10,000.

“Ini bermaksud pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk mengeluark­an kompaun mengikut budi bicara mereka,” katanya sambil menggesa pihak berkuasa termasuk polis melaksanak­an tugas itu dengan cekap telus dan adil

Saya dapati kompaun RM10,000 untuk mana-mana individu yang melanggar SOP terlalu tinggi terutama bagi golongan berpendapa­tan rendah. Datuk Richard Wee Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak

 ??  ?? WEE
WEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia