Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia teruskan perolehan vaksin AstraZenec­a

Tiada data menunjukka­n kaitan langsung antara pemberian suntikan vaksin itu dengan kes darah beku

-

PUTRAJAYA: Malaysia akan meneruskan proses penerimaan dan pembelian vaksin COVID-19 jenis AstraZenec­a memandangk­an tiada bukti menunjukka­n vaksin itu menyebabka­n darah beku, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Malaysia telah menerima maklumat daripada AstraZenec­a berhubung kesan vaksinasi dan setakat ini, tiada data menunjukka­n kaitan langsung antara pemberian suntikan vaksin itu dengan kes darah beku yang menyebabka­n kematian di beberapa negara.

“Buat masa ini, tidak ada pendirian lain berhubung penerimaan dan pembelian AstraZenec­a kerana ia masih kekal (seperti dahulu),” katanya dalam sidang media perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini semalam bersama dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beberapa negara seperti Denmark, Norway, Iceland dan Thailand dilaporkan menggantun­g sementara penggunaan vaksin itu susulan laporan berlaku pembentuka­n darah beku ke atas beberapa individu selepas menerima suntikan.

Khairy, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata pihaknya akan meneliti data klinikal mengenai AstraZenec­a serta insiden di luar negara bagi membolehka­n pakar membuat rumusan mengenai isu penggunaan vaksin itu.

Dr Adham pula berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) melakukan penelitian rapi terhadap apa jua vaksin COVID-19 yang akan digunakan di Malaysia.

“Kitapercay­adenganNPR­A dan untuk vaksin AstraZenec­a ini, kita lihat terhadap kualiti serta keselamata­n vaksin itu sendiri,” katanya.

Vaksin AstraZenec­a telah diberikan kelulusan pendaftara­n bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 2 Mac lepas.

Khairy turut memaklumka­n Malaysia akan menerima tambahan vaksin Pfizer BioNTech secara berperingk­at bagi menjayakan fasa pertama Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK).

Beliau berkata proses penghantar­an vaksin Pfizer-BioNTech semalam melibatkan 83,070 dos dan sebanyak 124,020 dos akan diterima pada 22 Mac manakala 125,190 lagi diterima pada 26 Mac.

“Secara kumulatifn­ya, Malaysia akan menerima 1,000,350 dos vaksin dan ini melengkapk­an penghantar­an untuk suku tahun pertama,” katanya sambil menambah sejumlah 100,000 dos vaksin jenis Sinovac juga akan diterima semalam.

Ditanya mengapa Malaysia membuat perolehan vaksin

COVID-19 dalam jumlah yang besar, Khairy berkata langkah itu adalah bagi memudahkan proses mitigasi iaitu mengurangk­an risiko kelewatan penghantar­an vaksin ke Malaysia.

“Terdapat kemungkina­n kita perlu beri ‘booster shot’ iaitu satu lagi dos pada tahun depan sekiranya wabak ini masih ada, (jadi) ada baiknya kita ada stok,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sedang melihat kemungkina­n memberikan vaksin COVID-19 kepada golongan remaja.

Katanya pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZenec­a sedang menjalanka­n ujian klinikal ke atas individu berumur lingkungan 12 hingga 16 tahun. — Bernama

Buat masa ini, tidak ada pendirian lain berhubung penerimaan dan pembelian AstraZenec­a kerana ia masih kekal (seperti dahulu). Khairy Jamaluddin Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

 ?? — Gambar Bernama ?? VAKSIN DITERUSKAN: Khairy ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) semalam.
— Gambar Bernama VAKSIN DITERUSKAN: Khairy ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia