Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan perincikan kesalahan kompaun RM10,000

-

KANGAR: Kerajaan akan memperinci­kan kesalahan yang boleh dikenakan kompaun RM10,000 mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan­danPengawa­lanPenyaki­t Berjangkit) (Pindaan) 2021 bagi menangani kekeliruan dalam kalangan masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Katanya perkara itu akan dibincangk­an dalam mesyuarat Jawatankua­sa Teknikal Pengurusan Darurat COVID-19 hari ini.

“Kita akan terus kekalkan ordinan kompaun RM10,000 kepada individu dan RM50,000 kepada syarikat tetapi kerajaan memberi jaminan untuk selesaikan pelaksanaa­nnya termasuk pengeluara­n saman kepada mereka yang melakukan kesalahan,” katanya semalam.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program lawatan kerja Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Teknikal Pengurusan Darurat COVID-19 ke Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata jika kesalahan yang dilakukan adalah kecil seperti tidak memakai pelitup muka, pesalah tidak wajar dikenakan kompaun RM10,000.

“Ketegasan undang-undang perlu ada tetapi pada masa yang sama budi bicara juga perlu ada bagi mewujudkan keseimbang­an di antara kedua-duanya,” katanya.

Beliau juga menegaskan kompaun tersebut bukan bertujuan menghukum sebaliknya berperanan sebagai langkah pencegahan dan pengajaran agar matlamat kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID19 di negara ini tercapai. — Bernama

 ??  ?? TAKIYUDDIN
TAKIYUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia