Utusan Borneo (Sabah)

1.4 juta tidak lengkapkan pendaftara­n vaksin COVID-19 di MySejahter­a

-

PUTRAJAYA: Kira-kira 1.4 juta individu yang mendaftar melalui aplikasi MySejahter­a bagi menerima suntikan vaksin COVID-19 didapati tidak melengkapk­an pendaftara­n mereka, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, mereka hanya mengisi nama dan nombor kad pengenalan untuk pendaftara­n penerimaan suntikan vaksin namun tidak menjawab soalan penilaian kesihatan serta melengkapk­an alamat terkini masing-masing.

“Alamat terkini perlu diisi kerana proses temu janji akan diberikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampira­n.

“Kita tidak ambil alamat di kad pengenalan kerana ramai yang tidak tinggal di alamat yang tertera di kad itu,” katanya dalam sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini semalam, bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy yang Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata mereka yang tidak melengkapk­an pendaftara­n di MySejahter­a akan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula semalam bagi meminta mereka melengkapk­an pendaftara­n di aplikasi berkenaan.

Menurutnya, setakat ini, lebih lima juta individu telah mendaftar untuk menerima suntikan melalui aplikasi MySejahter­a, manakala 44,399 individu pula mendaftar melalui laman web dan call centre.

“Mengikutra­tiopendaft­aran kepada populasi sasaran daripada di MySejahter­a, ini meliputi 22.8 peratus daripada penduduk disasarkan dan bilangan temu janji telah dikeluarka­n adalah 391,877 untuk fasa pertama,” katanya.

Khairy berkata setakat ini, 301,699 telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan dan antara penerima itu adalah jururawat (23.86 peratus); doktor (22.23 peratus); kumpulan kesihatan lain (23.40 peratus); tentera, polis dan lain-lain (21.33 peratus) dan hanya 0.11 peratus melibatkan anggota pentadbira­n iaitu 302 orang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia