Utusan Borneo (Sabah)

Hospital di Jordan gagal tangani kes COVID-19

Kehabisan oksigen, pengarah dan empat pegawai ditahan setelah tujuh pesakit maut Sabtu lepas

-

AMMAN: Pengarah dan empat pegawai lain di sebuah hospital Jordan yang merawat pesakit COVID19 telah ditahan kelmarin berkaitan dengan kematian di fasiliti itu yang mengalami kehabisan oksigen, menurut sumber kehakiman.

Seorang pendakwa raya memutuskan untuk meletakkan mereka dalam tahanan selama seminggu untuk disoal siasat selepas tujuh pesakit maut pada Sabtu lepas di hospital di Salt, berhampira­n dengan bandar utama Amman, kata mereka.

Kemarahan orang awam mengenai kematian itu membawa kepada peletakan jawatan menteri kesihatan Nazir Obeidat.

Raja Abdullah II, yang telah melawat hospital pada Sabtu lepas, mengarahka­n pengarahny­a Abdel Razak al-Khashman agar turut meletakkan jawatan.

Ketua perkhidmat­an kesihatan bagi wilayah di mana Salt terletak pula telah digantung tugasnya sementara menunggu siasatan selesai.

Dalam rakaman video dalam talian, Abdullan yang kelihatan berang menggeleng-gelengkan kepalanya, didengari sebagai memberitah­u pengarah hospital: “Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku. Perkara sebegini tidak dapat diterima.”

Beratus-ratus orang melakukan rali di luar ketika kunjungan itu untuk menunjukka­n rasa marah mereka.

Dua dewan di parlimen Jordan mengadakan sesi tergempar kelmarin mengenai kejadian kematian di hospital Salt dan sebuah suruhanjay­a siasatan telah ditubuhkan, seorang sumber di parlimen memberitah­u AFP.

Pada petang kelmarin, beratus-ratus orang berkumpul di jalan raya ibu negara di luar sebuah masjid bagi membantah arahan perintah berkurung yang bermula jam 7 petang waktu tempatan.

Jumlah kes harian jangkitan virus di Jordan telah meningkat sejak beberapa minggu lepas, mendesak pihak berkuasa untuk melaksanak­an semula sekatan, termasuk satu perintah berkurung sepanjang hari pada Jumaat, hari untuk berehat.

Jordan, yang melancarka­n program vaksinasi Covid-19 pada Januari, telah merekodkan lebih 460,000 jangkitan dan lebih 5,200 kematian. — AFP

 ??  ?? BERANG: Anggota pasukan Darak menyekat penunjuk perasaan di luar Hospital Al-Hussain Salt Baharu di bandar Salt, barat laut Amman Sabtu lalu bagi menuntut pihak bertanggun­gjawab atas kematian pesakit COVID-19 yang kehabisan oksigen.
BERANG: Anggota pasukan Darak menyekat penunjuk perasaan di luar Hospital Al-Hussain Salt Baharu di bandar Salt, barat laut Amman Sabtu lalu bagi menuntut pihak bertanggun­gjawab atas kematian pesakit COVID-19 yang kehabisan oksigen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia