Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Libya Timur dakwa tahan tokoh kanan IS

-

TRIPOLI: Pasukan tentera yang setia kepada pemimpin tentera Libya Khalifa Haftar mengumumka­n kelmarin penangkapa­n seorang tokoh kanan kumpulan Islamic State (IS) di selatan negara Afrika Utara terusebut.

Pasukan tentera yang berpusat di timur mengetuai satu operasi di pekan gurun selatan Ubari menyasarka­n pemimpin paling penting dalam IS di Libya Mohamed Miloud Mohamed yang dikenali dengan nama Abu Omar membawa kepada penangkapa­nnya, berdasarka­n satu kenyataan oleh jurucakap Haftar, Ahmad al-Mesmari.

Abu Omar adalah di antara pemimpin kanan IS di Libya ketika kumpulan itu merampas kawalan ke atas bandar pantai tengah Sirte pada 2015, tambah kenyataan tersebut.

Pejuang jihad menjadikan Sirte sebagai kubu kuat di mana mereka melatih pejuang dan merancang serangan, termasuk membunuh beberapa orang pelancong asing di negara jiran Tunisia, sebelum diusir dari bandar Libya pada 2016.

IS telah berjaya bertapak di Libya ketika ketegangan yang melanda negara selepas diktator Muammar Ghaddafi telah digulingka­n dan dibunuh dalam satu kebangkita­n yang disokong oleh NATO pada 2011.

Dikatakan sebagai pengganas berbahaya, Abu Omar mempunyai hubungan rapat dengan Abu Moaz al-Iraqi, ketua IS di Libya, yang telah dibunuh pada September lepas oleh pasukan tentera pro-Haftar, menurut kenyataan Mesmari.

Abu Omar turut dituduh menculik empat jurutera Itali pada 2015, yang dibebaskan selepas pembayaran wang tebusan empat juta euro, tambahnya.

Krisis politik susulan pengguling­an Ghaddafi melihat negara yang kaya dengan minyak ini berpecah di antara pihak berkuasa lawan di timur dan barat serta penghancur­an bahagian keselamata­n, membentuk kawasan bagus untuk pejuang jihad seperti IS bertapak.

Selepas IS dihalau keluar dari Sirte kumpulan itu jelas menjadi lemah di Libya, namun anggotanya telah berundur ke kawasan gurun atau bercampur dengan penduduk di pantai Mediterran­ean.

Sebuah kerajaan peralihan yang baharu telah diluluskan baru-baru ini di bawah dialog antara Libya yang dibiayai oleh PBB bagi menyatukan beberapa institusi di negara ini dan mengangkat sumpah semalam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia