Utusan Borneo (Sabah)

Kartunis dakwa diseksa sebelum ditangkap polis Bangladesh

-

OUAGADOUGO­U: Tiga orang termasuk seorang anggota polis telah terkorban semasa dua serangan di Burkina Faso, menurut sumber keselamata­n kelmarin, keganasan terbaharu dalam serangan militan.

Dalam satu serangan, dua anggota polis telah diserang hendap pada Sabtu lepas di pekan Batie di barat daya negara ketika menyiasat laporan mengenai penyerang bersenjata tidak dikenali, seorang sumber keselamata­n memberitah­u AFP.

Pada hari yang sama berhampira­n Kaya, pekan utama di wilayah Centre-Nord, penyerang bersenjata telah menyerang anggota Sukarelawa­n Pertahanan Negara (VDP), orang awam yang membantu pihak tentera dalam pertempura­n mereka menentang pejuang jihad, menurut sumber yang sama.

Dua anggota VDP telah terbunuh dan seorang mangsa ketiga tercedera, seorang sumber keselamata­n di wilayah memberitah­u AFP.

Keganasan pejuang jihad bermula di negara jiran Mali pada 2012 dan merebak ke wilayahnya pada 2015, membunuh lebih dari 1,200 orang dan menyebabka­n kira-kira sejuta orang penduduk tiada tempat tinggal.

Pada hujung minggu lepas, enam orang termasuk warga awam telah terkorban semasa satu pasukan tentera telah diserang hendap di utara Burkina Faso.

Pasukan tentera yang mempunyai kurang kelengkapa­n dan tidak teratur sedang terkial-kial, dan pembentuka­n VDP merupakan satu cubaan untuk meningkatk­an usaha menentang keganasan.

Anggotanya menerima latihan selama 14 hari dan kemudian dihantar bagi melakukan rondaan dan misi pengawasan, dilengkapi dengan senjata ringan.

Lebih dari 100 orang telah terkorban dalam pertempura­n sejak Januari 2020.

Lebih 1,000 orang anggota tentera dari Chad yang dijanjikan dalam persidanga­n Sahel baru-baru ini dijangka akan tiba dalam masa beberapa hari bagi membantu memperkuku­hkan keselamata­n dalam apa yang dikenali sebagai zon tiga sempadan, pertemuan sempadan Burkina, Mali dan Niger. — AFP

DHAKA: Sebuah mahkamah di Bangladesh kelmarin mengarahka­n satu siasatan mengenai dakwaan oleh seorang bekas kartunis yang dipenjarak­an bahawa dia telah diseksa sebelum polis menahannya di bawah undang-undang Internet yang keras di negara ini, menurut peguamnya.

Ahmed Kabir Kishore, 45, telah ditangkap pada Mei 2020 di bawah undangunda­ng kontrovers­i dan didakwa sebagai menjalanka­n subversif dan menyebarka­n khabar angin.

Kartunis berprofil tinggi itu telah dibebaskan dengan ikat jamin pada dua minggu lepas selepas bantahan orang awam mengenai kematian di dalam penjara pada Februari melibatkan seorang penulis Mushtaq Ahmed, yang ditangkap di bawah undang-undang yang sama.

Kishore menyatakan beliau dan Ahmed telah ditahan di penjara yang sama dan bahawa penulis itu turut diseksa lelaki yang tidak dikenali, dakwaan yang dinafikan pihak berkuasa sekeras-kerasnya.

Kishore memfailkan satu petisyen dengan sebuah mahkamah Dhaka pada Rabu lepas, menyatakan beliau telah dipukul dengan kayu dan ditampar dengan kuat oleh lebih 12 lelaki tidak dikenali yang menculikny­a pada 2 Mei dan menahan beliau selama hampir tiga hari.

Beliau menyatakan lelaki tersebut menyoalsia­satnya mengenai kartun yang beliau lukis mempersend­akan seorang ahli perniagaan berkuasa yang rapat dengan kerajaan, dan bagi satu siri yang mengkritik respon kerajaan terhadap pandemik koronaviru­s.

Kishore menyatakan lelaki yang tidak dikenali kemudian menyerahka­nnya kepada unit polis elit Batalion Tindakan Pantas (RAB).

“Mahkamah turut mengarahka­n PBI (Biro Siasatan Polis) untuk menyiasat mengenai penyeksaan tersebut dan mengemukak­an satu laporan pada 15 April,” peguam kartunis terbabit Jyotirmoy Barua memaklumka­n AFP.

Barua menyatakan mahkamah telah mengarahka­n tiga doktor dari Hospital Kolej Perubatan Dhaka untuk memeriksa Kishore, dan menambah mangsa telah menjalani pembedahan pada telinga kanannya pada Sabtu lepas akibat kecederaan yang dikatakan dialami ketika dipukul.

“Darah mengalir dari telinga kanan saya selepas mereka menampar saya,” kartunis itu memberitah­u AFP beberapa hari kemudian selepas dibebaskan.

Jurucakap RAB Leftenan Kolonel Ashique Billah memberitah­u AFP kelmarin bahawa sama ada Ahmed atau Kishore telah diseksa ketika mereka berada dalam tahanan reman atau di dalam penjara.

Kematian Ahmed dalam penjara mencetuska­n bantahan selama beberapa hari terhadap kerajaan Perdana Menteri Sheikh Hasina.

Penunjuk perasaan turut menyeru bagi pemansuhan undang-undang digital, yang menurut pengkritik telah digunakan bagi menepis tentangan.

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu telah menyuaraka­n kebimbanga­n mereka mengenai undangunda­ng ganas di Bangladesh. — AFP

 ??  ?? BERDARAH: Anggota bomba membersihk­an darah yang mengotori kawasan kaki lima premis susulan kes tembakan di garaj tersebut di Chicago, Illinois kelmarin.
BERDARAH: Anggota bomba membersihk­an darah yang mengotori kawasan kaki lima premis susulan kes tembakan di garaj tersebut di Chicago, Illinois kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia