Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur didenda RM10,000 hina Nabi Muhammad dan agama Islam

-

KUALA LUMPUR: Akibat memuat naik hantaran bersifat jelik menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seorang penganggur didenda RM10,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim M.M. Edwin Paramjothy menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Zahrein Zakariah, 39, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua kesalahan tersebut.

Bagi setiap pertuduhan, mahkamah menjatuhka­n hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan, jika gagal membayar denda itu. OKS membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Zahrein didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain, melalui aplikasi Facebook menggunaka­n nama profil “Semar Tilem”.

Kedua-dua hantaran itu dibaca di UTC Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat di sini, pada 11 pagi, 8 Mei 2019.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntu­kkan denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya, dan boleh juga didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, peguam L.A. Gomes yang mewakili OKS memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya telah insaf selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan orang awam.

“Mohon mahkamah mengambil kira tindakan OKS itu telah membuatkan kucarkacir dalam kalangan umat Islam,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia