Utusan Borneo (Sabah)

Penguatkua­saan diperketat­kan bendung pemandu ambil dadah semasa memandu

-

KUALA LUMPUR: Walaupun statistik kes pemandu kenderaan berat memandu di bawah pengaruh dadah masih rendah setakat ini, namun penguatkua­saan ketat dan berterusan perlu bagi mengekang gejala itu demi melindungi nyawa pengguna jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, undang-undang sedia ada untuk membendung pemandu kenderaan berat mengambil dadah ketika memandu untuk menghilang­kan rasa mengantuk, juga sudah memadai.

“Berdasarka­n statistik laporan tahun lepas dan tahun sebelumnya (2019) tidak banyak pemandu yang terlibat dengan dadah dan terlepas daripada ditahan polis.

“Walaupun kes tahunannya tidak banyak, namun ia tetap berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai kemalangan pemandu treler yang melanggar perancah besi pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai

Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampira­n Desa Tun Razak, di sini, pada 3 Mac lepas didapati positif dadah.

Zulkefly berkata, setiap pemohon yang membuat permohonan Lesen Vokasional perlu menjalani ujian saringan air kencing, sebelum diterima bekerja bagi memastikan dia bebas daripada pengaruh dadah.

Beliau berkata, polis dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik juga, membuat ujian saringan air kencing terhadap pemandu pengangkut­an awam jarak jauh, ketika musim perayaan sebagai langkah berjaga-jaga, sebelum mereka dibenarkan bekerja dan membawa penumpang.

“(Selain itu), hukuman terhadap pemandu di bawah pengaruh dadah sudah cukup berat, setelah akta dipinda tahun lepas dengan denda minimum sebanyak RM50,000, penjara lima tahun dan lesen memandu dibatalkan sehingga 10 tahun, membabitka­n Seksyen 41 hingga Seksyen 45 Akta Pengangkut­an Jalan (Pindaan 2020) dengan hukuman penjara dicadangka­n sebagai hukuman mandatori,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia