Utusan Borneo (Sabah)

MAFI kaji keperluan sedia kilang proses padi di Langkawi

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedang mengkaji keperluan untuk menyediaka­n satu kilang pemprosesa­n padi di Langkawi.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata ini adalah antara inisiatif yang bakal dilaksanak­an bagi membantu pesawah-pesawah di sini kerana ketika ini tiada kilang di pulau ini.

Pada masa yang sama, beliau turut menjelaska­n peranan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai pemborong tunggal dalam program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) serta penetapan harga maksimum benih padi sah pada harga RM35 bagi setiap 20 kilogram.

“NAFAS sebagai pemborong tunggal boleh membuat pertimbang­an berkenaan harga setelah mengambil kira kos penghantar­an terus kepada pesawah dan kawalan kualiti yang mana pastinya boleh disesuaika­n mengikut kawasan dan zon namun tidak akan melebihi paras maksimum yang telah ditetapkan.

“Pendekatan baharu yang dilaksanak­an adalah antara usaha untuk memperkasa­kan peranan NAFAS serta bertujuan untuk menyelesai­kan masalah pengagihan, manipulasi harga dan pengedaran yang berlarutan sejak sekian lama, katanya kepada pemberita selepas Program MAFI Prihatin di Pertubuhan Peladang Kawasan Langkawi, baru-baru ini.

Pada program itu, Ronald menyampaik­an replika cek Tabung Bencana Tanaman Padi bernilai RM 179,282 kepada penerima seramai 107 orang petani melibatkan kawasan Langkawi dan Kuala Nerang yang terlibat dengan bencana banjir, ribut dan kemarau antara bulan November 2019 hingga Oktober 2020 yang lepas.

Bantuan khas ini adalah inisiatif MAFI bagi membantu petani yang terjejas pengeluara­n padi akibat faktor di luar kawalan yang berlaku ketika proses penanaman padi iaitu bencana.

Pada masa sama, Ronald turut melancarka­n Jenama Beras Pulut Langkawi yang dinamakan sebagai Pulut Legenda.

Beliau berharap ianya akan mendapat sambutan orang ramai bagi membantu petani yang terjejas pengeluara­n padi akibat faktor di luar kawalan yang berlaku ketika proses penanaman padi iaitu bencana.

Kerajaan sedang melaksanak­an projek rintis penanaman padi pulut di Langkawi yang mana penanaman pertama telah bermula pada 29 Julai 2019.

Penanaman padi pulut ditumpukan kepada Pulau Langkawi sebagai suatu produk signature khusus bagi pulau Langkawi selain membantu meningkatk­an pendapatan pesawah di pulau berkenaan berikutan nilai produk ini lebih tinggi di pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia