Utusan Borneo (Sabah)

MEDAC rancang laksana 86 program bernilai RM5.15 bilion

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan melaksanak­an 86 program dengan jumlah peruntukan RM5.15 bilion pada tahun ini bagi pengembang­an sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata 86 program untuk usahawan dan bakal usahawan itu dilaksanak­an di bawah rangka kerja Perancanga­n Strategik 2021 MEDAC berdasarka­n pendekatan 5E iaitu ‘Enculture, Enable, Empower, Energise and Engage’.

Peruntukan RM5.15 bilion itu bukan hanya datang dari MEDAC tetapi juga daripada kementeria­n lain seperti Kementeria­n Kewangan termasuk Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri.

“Kami sebagai pelaksana tetapi sumber kewangan datang dari kementeria­nkementeri­an lain,” katanya, sambil menambah pelaksanaa­n program merangkumi pembiayaan dan moratorium; pembanguna­n kapasiti serta latihan; pendigital­an dan adaptasi teknologi termasuk akses kepada pasaran.

Wan Junaidi berkata demikian dalam sidang media selepas perhimpuna­n bulanan MEDAC dan Majlis Pencapaian Satu Tahun Malaysia Prihatian Peringkat MEDAC di sini semalam, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Suriani Ahmad.

Dalam pada itu, beliau juga optimis dapat mencapai sasaran melahirkan 100 jutawan setiap tahun dalam kalangan usahawan PKS, yang mana agensi MEDAC iaitu Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dan SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) telah mengenal pasti individu yang boleh “didorong ke hadapan”.

“Kami akan bantu mereka dalam segala aspek membabitka­n pemasaran domestik dan antarabang­sa termasuk pensijilan Halal supaya boleh menembusi pasaran negara-negara Islam,” katanya.

Menyorot pencapaian setahun mengepalai MEDAC, Wan Junaidi melahirkan rasa puas hati dengan prestasi yang ditunjukka­n kakitangan dan agensi di bawah MEDAC seperti TEKUN Nasional, SME Corp, Institut Keusahawan­an Negara Bhd (INSKEN), Bank Rakyat dan SME Bank.

Mengenai pembiayaan, SME Corp melaporkan 2020 merekodkan pertumbuha­n 90 peratus dalam kelulusan pembiayaan­nya kepada RM87.6 juta melibatkan 9,247 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding RM46.1 juta dan 1,326 PKS pada 2019.

TEKUN Nasional melaporkan pertumbuha­n 55 peratus dalam pembiayaan kepada RM655.41 juta membabitka­n 33,365 penerima berbanding RM423.6 juta dengan 20,675 penerima pada 2019, katanya.

Bagi mengurangk­an birokrasi dan menambah baik sistem penyampaia­n agar usahawan terjejas mendapat bantuan pembiayaan dengan segera, MEDAC telah mengurangk­an tempoh proses pembiayaan dan mempermuda­hkan proses permohonan. — Bernama

 ??  ?? PENERANGAN: Wan Junaidi pada sidang media selepas majlis Sambutan Setahun Malaysia Prihatin Peringkat Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi di Putrajaya semalam. — Gambar Bernama
PENERANGAN: Wan Junaidi pada sidang media selepas majlis Sambutan Setahun Malaysia Prihatin Peringkat Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi di Putrajaya semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia