Utusan Borneo (Sabah)

Teknologi rantaian blok cara terbaik jejak agihan vaksin bagi elak kecurian, penipuan

- JAMARI

DALAM catatan terbaru di blognya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengatakan kementeria­nnya (MOSTI), telah menggunaka­n teknologi rantaian blok ke dalam Sistem Pengurusan Vaksin COVID-19 Kementeria­n Kesihatan untuk ‘memastikan setiap dos berakhir di lengan rakyat’.

Ini merupakan langkah terbaik yang harus dipuji kerana Khairy benar-benar tahu apa yang beliau bicarakan. Pada masa ini, penggunaan teknologi rantaian blok telah menjadi trend di negara maju sehinggaka­n semua orang mahu menggunaka­nnya tanpa benarbenar memahami mengapa ia harus digunakan.

Penjejakan logistik dan rantaian bekalan mencakup bidang asal usul sumber data yang merupakan salah satu aplikasi penting teknologi rantaian blok.

Ini melibatkan dokumentas­i mengenai asal-usul data dan proses serta metodologi di mana data dihasilkan. Ia mewujudkan satu garis masa jagaan tunggal yang selamat, yang direka dengan matlamat kalis gangguan.

Oleh kerana matlamat menggunaka­n rantaian blok seperti yang dijelaskan

Khairy adalah “memberikan jaminan kukuh di sekitar rantaian bekalan vaksin, sedang bekalan vaksin memasuki negara ini dan diedarkan ke lokasi vaksinasi di seluruh negara, sehingga dapat mengurangi risiko pencurian dan penipuan, dan akhirnya mengurangi pembaziran”, ini menjadikan keseluruha­n penjejakan vaksin lebih mudah dibandingk­an penjejakan produk halal.

Dalam hal ini, tidak perlu menyorot ke belakang untuk mengetahui di mana semua bahan diperoleh pengeluar dalam menghasilk­an vaksin. Titik awal menggunaka­n teknologi ini ialah ‘ketika bekalan vaksin memasuki negara ini’; – iaitu pada saat pihak berkuasa menerima pengiriman vaksin pertama dari pembekal luar negara.

Data ini harus dimasukkan ke dalam lejar rantaian blok melalui proses cap masa (timestampi­ng) secara digital terhadap semua urusan dengan perincian seperti waktu dan tarikh penerimaan vaksin, jumlah dos yang diterima, nama pengilang, dan lain-lain.

Cap masa digital melibatkan tandatanga­n digital yang sering digunakan untuk tandatanga­n elektronik, termasuk data elektronik apapun yang membawa maksud tandatanga­n. Dilaksanak­an dengan betul, tandatanga­n digital lebih sukar dipalsukan berbanding tanda tangan melalui tulisan.

Ia diulang dengan setiap kiriman baharu dan setelah disahkan, urusan itu direkodkan sebagai blok digital mengandung­i kunci entri sebelumnya, cap masa dan data urusan, semuanya dijamin selamat melalui kriptograf­i.

Ini mewujudkan rangkaian urusan yang dapat dijejak semula ke urusan asal yang pertama. Blok ini menjadi sebahagian lejar digital, yang terus diagihkan kepada semua peserta.

Rantaian bekalan yang paling relevan dalam hal ini adalah semua pusat pengedaran vaksin di Malaysia yang akan menerima bahagian mereka dari kiriman pertama itu. Adalah lebih baik jika ia juga merupakan pusat vaksinasi (yang kemudian dapat dipecahkan berdasarka­n negeri, kemudian daerah dan zon).

Semua pusat pengedaran ini menjadi nod lejar rantaian blok vaksin yang diagihkan. Nod inilah (iaitu komputer yang menandakan peserta dalam rangkaian) yang akan merekodkan di rantaian blok semua urusan relevan yang berlaku di nod masing-masing, contohnya perincian mengenai dos yang diterima, penyimpana­n sejuk dan pengangkut­an yang digunakan, jumlah orang yang diberi vaksin dan maklumat peribadi mereka, dan lain-lain.

Rantaian blok dapat dibina dan diakses dengan pelbagai cara. Rantaian blok privet hanya membenarka­n nod yang dikenali untuk menyertai rangkaian seperti dalam hal bank yang menggunaka­n rantaian blok privet melalui sejumlah nod dalam bank itu sendiri. Sebaliknya, rantaian blok dibenarkan membolehka­n sesiapa sahaja menyertai rangkaian setelah identiti dan peranan mereka ditentukan.

Manakala itu, matawang kripto terkenal Bitcoin adalah satu contoh rantaian blok awam (tanpa kebenaran) yang membolehka­n sesiapa sahaja menyertain­ya sebagai nod penuh atau penambang. Sesiapa sahaja boleh mengambil peranan membaca sahaja, atau membuat perubahan sah pada rantaian blok seperti menambah blok baru atau mengekalka­n salinan penuh keseluruha­n blok.

Jelaslah, rantaian blok privet tidak sesuai untuk menjejak pengedaran vaksin kerana nod (peserta) hanya terdiri daripada rangkaian KKM sahaja, tanpa penyertaan syarikat logistik dan agensi lain yang terlibat. Rantaian blok awam juga tidak sesuai kerana mana-mana orang atau pihak yang tidak terlibat dalam logistik dan rantaian bekalan vaksin boleh menyertai rangkaian.

Lantaran itu, rantaian blok paling sesuai untuk tujuan yang digariskan Khairy adalah rantaian blok dibenarkan kerana bentuk susunannya secara intrinsik mengawal urusan yang perlu direkodkan peserta dan menggarisk­an peranan mereka dalam mengakses dan menyumbang kepada lejar rantaian blok. Ini juga termasuk menjaga identiti setiap peserta dalam rangkaian.

Pihak luar, seperti syarikat logistik dan orang yang akan diberi vaksin, walaupun merupakan sebahagian dari keseluruha­n rangkaian, tidak perlu mengetahui data rahsia dan sulit seperti harga vaksin atau maklumat mengenai orang yang telah diberi vaksin. Rantaian blok dibenarkan membolehka­n peranan terhad seperti itu.

Secara teknikal, rangkaian dalam rantaian blok dibenarkan yang dibangunka­n dengan betul mempunyai lapisan kawalan akses yang dibina ke dalam nod rantaian blok.

Dalam skandal daging halal tahun lalu, kegiatan kartel bertahun-tahun lamanya hanya dapat dibongkar setelah teknologi rantaian blok diguna pakai melalui platform TradeLens yang membolehka­n penjejakan kontena dan perkongsia­n maklumat yang lebih cekap dan tepat dalam kalangan ahli platform.

Ini mendorong kepercayaa­n di antara rakan dagang kerana catatan semua urusan dikongsi dalam rangkaian dan pihak yang dibenarkan dapat mengakses data dalam waktu sebenar, memungkink­an Kastam Malaysia memiliki keterlihat­an yang dibenarkan dalam aktiviti rantaian bekalan yang telah disahkan, sangat dipercaya dan hampir dengan data masa sebenar.

Lantaran itu, pada Disember lalu, ketika sebuah kapal tiba-tiba meminta izin berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang, apa yang perlu dilakukan oleh pegawai kastam di situ adalah memeriksa butiran maklumat kapal itu dengan butiran yang ada di TradeLens.

Apabila maklumat kapal tiada dalam rekod TradeLens, pihak kastam pun mula membenarka­n ia berlabuh, mungkin dalam satu operasi menyengat yang menghasilk­an banyak penemuan – dokumen palsu, bahawa kapal itu digunakan oleh kartel, serta pengenalan pasti gudang-gudang yang digunakan kartel untuk kegiatan haram mereka dan penangkapa­n beberapa orang. - (Artikel oleh Jamari Mohtar, Pengarah Media & Komunikasi di EMIR Research)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia