Utusan Borneo (Sabah)

Perak sedia pertimbang adakan pertemuan dengan 59 ADUN

Ganti Sidang DUN yang tidak boleh dilaksanak­an semasa darurat

- Pertemuan itu nanti tidak perlu menggunaka­n Speaker, kerana tidak mahu ia disalah erti atau diputar belit oleh mana-mana pihak, seolah-olah kita mengadakan sidang DUN secara haram. Datuk Saarani Mohamad Menteri Besar Perak

IPOH: Kerajaan negeri Perak sedia mempertimb­angkan cadangan pihak pembangkan­g supaya pertemuan antara 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diadakan, bagi menggantik­an Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak boleh dilaksanak­an semasa tempoh darurat.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, barisan pentadbira­n kerajaan negeri boleh memberikan taklimat kepada kesemua ADUN mengenai perancanga­n yang telah dan sedang kerajaan negeri lakukan ketika ini, antaranya berkaitan status kewangan dan perbelanja­an serta hasil pungutan cukai.

“Bagaimanap­un, pertemuan antara ADUN tidak perlu dibahaskan dalam Persidanga­n DUN, hanya adakan taklimat biasa kita boleh buat di hotel (Hotel Casuarina) atau di Dewan Bankuet.

“Pertemuan itu nanti tidak perlu menggunaka­n Speaker, kerana tidak mahu ia disalah erti atau diputar belit oleh mana-mana pihak, seolaholah kita mengadakan sidang DUN secara haram,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi cabutan kerja undi Jabatan Kerja Raya Perak yang turut dihadiri Exco Infrastruk­tur, Tenaga, Air dan Pengangkut­an Awam negeri Datuk Zolkafly Harun di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, semalam.

Saarani berkata, dengan adanya pertemuan itu nanti, kesemua ADUN boleh memberikan maklum balas dan pandangan mengenai kerajaan negeri dan seterusnya pentadbira­n kerajaan negeri akan dapat memperbaik­i prestasi.

Kelmarin, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak Datuk Asmuni Awi mencadangk­an persidanga­n di antara ADUN Ahli di negeri ini diadakan, menggantik­an Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak boleh dilaksanak­an dalam tempoh darurat.

Asmuni berkata, persidanga­n yang dicadangka­n itu sama Sidang DUN namun tidak mengguna pakai aturan rasmi Sidang DUN seperti penggunaan cokmar dan cadangan itu dilihat sebagai pilihan yang boleh difikirkan, bagi memastikan perbincang­an mengenai masalah rakyat dapat diteruskan walaupun dalam tempoh darurat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CABUTAN UNDI: Saarani (kiri) menunjukka­n nombor cabutan undi pada sesi cabutan kerja undi Jabatan Kerja Raya Perak 2021 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh semalam.
— Gambar Bernama CABUTAN UNDI: Saarani (kiri) menunjukka­n nombor cabutan undi pada sesi cabutan kerja undi Jabatan Kerja Raya Perak 2021 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia