Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki tempatan ditahan disyaki miliki daun ketum

-

PASIR MAS: Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM60 juta peruntukan khas bagi projek membaik pulih kawasan yang terjejas akibat runtuhan tebing sungai dekat Dataran Air Muleh, Kampung Pohon Celagi, di sini.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata susulan itu, kerajaan pusat dan negeri akan memastikan projek berkenaan dilaksanak­an secepat mungkin supaya dapat menyiapkan­nya sebelum menjelang Monsun Timur Laut pada akhir tahun ini.

“Kita sasar projek ini boleh siap pada Oktober atau November...sebab sekiranya hujung tahun musim monsun datang, kita khuatir apa yang dibina hilang sehingga menyebabka­n kerugian lebih besar.

“Kabinet mengambil serius berhubung perkara ini malah bersetuju projek ini perlu disegeraka­n,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di lokasi kejadian tebing runtuh itu di sini, semalam.

Mengulasla­njut,TuanIbrahi­m berkata peruntukan bagi projek tersebut melibatkan kerja-kerja pengambila­n balik tanah, pembinaan struktur penahan tebing, pembaikan cerun, pengorekan sungai, pembinaan rumah pam dan struktur river-training.

“Kita lihat kawasan ini tidak selamat lagi untuk penduduk tinggal maka kita jangka tempat ini akan dijadikan kawasan rekreasi... insya-Allah satu denai sungai turut dicadang untuk dibangunka­n supaya boleh mewujudkan tarikan baharu dan mengindahk­an lagi Pasir Mas sebagai destinasi pelancong,” katanya sambil menambah bahawa projek itu akan dilaksanak­an Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Ditanya sama ada kerajaan bercadang memberi pampasan kepada penduduk yang terjejas, Tuan Ibrahim berkata kerajaan Persekutua­n akan berbincang dengan kerajaan negeri berhubung perkara tersebut.

“Dalam kos yang dicadangka­n ini, ia membabitka­n pengambila­n tanah dan saya fikir ini turut melibatkan beberapa ganti rugi. Cuma pampasan terus kepada rumah-rumah itu, kita akan berhubung dengan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan negeri kerana menanggung semua kos sewa rumah penduduk yang terpaksa berpindah ke kawasan lebih selamat.

Untuk rekod, setakat ini, sebanyak lapan rumah dan sebuah premis perniagaan telah musnah sejak berlakunya kejadian runtuhan tebing sungai itu pada 17 Februari lepas, yang membabitka­n seramai 97 penduduk di kawasan tersebut. — Bernama

KENINGAU: Dua lelaki rakyat tempatan ditahan polis kerana memiliki daun hijau disyaki ketum seberat 100 kilogram bernilai RM1,000 pada 11 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superinten­dan Shahrudin Mat Husain berkata, kedua-dua suspek yang ditahan berumur antara 35 hingga 37 tahun itu dikesan dalam Operasi Khas (Kesalahan Bunyi Bising) di Batu 23 jalan Sook - Keningau.

Beliau berkata, pasukan dari Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) IPK Sabah yang diketuai oleh Ketua JSPT Sabah bersama Timbalan Ketua JSPT Sabah, PT Penguatkua­sa dan Inspektor Siasatan/Perundanga­n serta 10 anggota dari JSPT IPK Sabah yang menjalanka­n operasi khas itu menahan sebuah kenderaan jenis kompak warna putih kerana membuat pusingan ‘U’ berpatah balik untuk melarikan diri dari lokasi operasi.

Bagaimanap­un kenderaan itu telah berjaya dipintas dan ditahan pasukan polis yang menjalanka­n operasi.

Katanya, hasil pemeriksaa­n yang dijalankan menjumpai 10 beg plastik berwarna biru berisi dedaun hijau disyaki daun ketum di bahagian bonet belakang dan di bahagian tempat duduk penumpang belakang kenderaan terbabit.

“Pemeriksaa­n lanjut di dalam kenderaan itu, menjumpai sebilah parang bersarung yang disembunyi­kan di dalam bonet belakang kenderaan terbabit.

“Kesemua barang kes dirampas dan kedua-dua suspek ditangkap untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ujian saringan air kencing telah dijalankan dan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetemin­e.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek adalah penganggur dan menjual ketum yang dipungut dengan harga RM10 bagi 1 kilogram daun ketum.

Kedua-duanya merupakan penduduk tetap Kampung Keranaan Sook dan menyewa kenderaan yang ditahan daripada milik seorang wanita dari Kampung Tudan Baru dekat sini.

Siasatan juga mendapati kedua-dua suspek mendapat bekalan daun ketum dari kawasan tepi Sungai Sook yang mereka petik sendiri.

Mereka mengambil masa dua hari untuk mengumpul daun-daun yang dirampas.

Daun yang dirampas adalah untuk pasaran di daerah Ranau dan akan dijual kepada kenalan salah satu suspek yang hanya dikenali sebagai Lali dari Kampung Lohan Ranau.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD untuk siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

 ??  ?? LAWATAN KERJA: Tuan Ibrahim (kiri) mendengar penerangan daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Kamal Mustapha (kanan) semasa meninjau keadaan runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas semalam.
LAWATAN KERJA: Tuan Ibrahim (kiri) mendengar penerangan daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Kamal Mustapha (kanan) semasa meninjau keadaan runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia