Utusan Borneo (Sabah)

The Gunners bangkit membelasah Tottenham Hotspurs

Arsenal menewaskan Tottenham 2-1 sementara Man United dan Leicester kukuhkan kedudukan di empat tangga teratas

-

LONDON: Arsenal bangkit dari gol cantik Erik Lamela sebelum menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 sementara Manchester United dan Leicester City mengukuhka­n kedudukan di empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

United menewaskan West Ham United 1-0 menerusi gol sendiri Craig Dawson untuk kekal satu mata di hadapan Leicester, yang membelasah Sheffield United 5-0.

Pada petang yang mengecewak­an dalam harapan Spurs menamatkan saingan liga di empat tangga teratas, Tottenham juga kehilangan penyerang Son Heung-min kerana kecederaan sementara Lamela bertukar dari hebat kepada buruk apabila dibuang padang pada separuh masa kedua.

Petang Arsenal bermula buruk apabila kapten pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang, digugurkan di bangku simpanan kerana masalah disiplin selepas dilaporkan hadir lewat untuk pertemuan pasukan sebelum perlawanan.

Lamela dimasukkan untuk menggantik­an Son pada awal permainan dan pemain antarabang­sa Argentina itu melakukan satu jaringan cantik untuk membuka jaringan pada minit ke-33.

Emile Smith Rowe dan Cedric Soares melihat cubaan mereka terkena palang di antara gol Lamela tetapi

Arsenal akhirnya mendapat ganjaran dari penguasaan permainan dalam separuh masa pertama apabila rembatan Martin Odegaard terkena Toby Alderweire­ld dan mengeliruk­an penjaga gol Spurs untuk gol pertama beliau dalam Liga Perdana.

“Saya fikir kami bermain dengan sangat buruk dalam separuh masa pertama,” kata pengurus Spurs, Jose Mourinho. “Kedudukan 1-1 bukan gambaran sebenar dalam separuh masa pertama. Kami tidak bertahan dengan baik, tiada kesungguha­n dalam

Pada 10 minit terakhir, ia permainan terburuk kami. Kami gagal mengimbang­i permainan dan mengawal debaran. Mikel Arteta Pengurus Arsenal

serangan, dengan beberapa pemain penting kelihatan bersembuny­i.”

Alexandre Lacazette menjadi kapten Arsenal ketika ketiadaan Aubameyang dan beliau juga menyempurn­akan tendangan penalti selepas dijatuhkan Davinson Sanchez dalam kotak penalti untuk gol kemenangan Arsenal.

Lamela dibuang padang 15 minit sebelum tamat permainan selepas menerima kad kuning kedua perlawanan.

Walaupun kurang pemain, Tottenham mempunyai peluang lebih baik dengan 10 pemain ketika gol Harry Kane tidak dibenarkan kerana ‘ofsaid’ sebelum satu lagi cubaan terkena palang dan rembatan susulan Sanchez sempat dikeluarka­n dari garisan gol oleh Gabriel Magalhaes.

“Pada 10 minit terakhir, ia permainan terburuk kami,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta. “Kami gagal mengimbang­i permainan dan mengawal debaran.”

Kemenangan meletakkan Arsenal kurang 10 mata di belakang pasukan di tangga keempat, Chelsea dan kurang satu perlawanan sementara Spurs kekal di tangga keenam dengan kurang tujuh mata.

West Ham terlepas peluang naik ke empat tangga teratas liga ketika pengurusny­a, David Moyes, masih gagal meraih sebarang kemenangan dari kunjungan ke bekas kelabnya, Old Trafford sebagai pengurus lawan.

Pendekatan konservati­f West Ham dihukum oleh kesilapan pemainnya lapan minit selepas rehat apabila Dawson tertolak satu tendangan sudut Bruno Fernandes ke pintu golnya sendiri.

Mason Greenwood tidak bernasib baik menambah jaringan apabila cubaannya terkena palang dalam keduadua babak permainan.

Kemenangan membolehka­n United, yang berada di tangga kedua liga, merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga, Manchester City dengan kurang 14 mata.

“Ia hujung minggu sangat penting bagi kami,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer selepas Chelsea dan Everton tercicir mata dalam saingan empat tangga teratas liga.

“Tiga mata penuh ini sangat penting kerana kami tahu West Ham juga mencabar empat tangga teratas.”

Kelechi Iheanacho menjaringk­an hatrik ketika Leicester tidak menunjukka­n sebarang belas ehsan menentang lawan yang bermain perlawanan pertama sejak pengurusny­a, Chris Wilder meninggalk­an kelab pada Sabtu.

Pada perlawanan lain, Brighton kini tiga mata di atas zon penyingkir­an dan kurang satu perlawanan selepas menewaskan Southampto­n 2-1. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ‘OFSAID’: Harry Kane (kanan) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium Emirates di London, kelmarin.
— Gambar AFP ‘OFSAID’: Harry Kane (kanan) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium Emirates di London, kelmarin.
 ??  ?? PELUANG KEEMASAN: Pemain tengah Manchester United Scott McTominay (tiga kiri) dan pemain pertahanan Manchester United Harry Maguire (dua kanan) merebut bola ketika rembatan gol dari Craig Dawson (tiga kanan) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan West Ham United di Old Trafford di Manchester, kelmarin.
PELUANG KEEMASAN: Pemain tengah Manchester United Scott McTominay (tiga kiri) dan pemain pertahanan Manchester United Harry Maguire (dua kanan) merebut bola ketika rembatan gol dari Craig Dawson (tiga kanan) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan West Ham United di Old Trafford di Manchester, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia