Utusan Borneo (Sabah)

Hatrik pantas Ronaldo balas kritikan ke atas dirinya ketika Juventus tewaskan Cagliari 3-1

-

MILAN: Cristiano Ronaldo membalas kritikan terhadapny­a dengan hatrik pantas ketika Juventus menewaskan Cagliari 3-1 pada Ahad, lima hari selepas Juventus tersingkir dari Liga Juara-Juara sementara Inter Milan menjarakka­n kedudukan di singgahsan­a Serie A Itali dengan kelebihan sembilan mata.

Ronaldo dikritik teruk kerana kegagalan terbaharu Juventus dalam Liga JuaraJuara, di mana beliau gagal menjaringk­an gol pada dua perlawanan timbal balik pusingan kedua ketika tewas kepada FC Porto, selain juga dipersalah­kan kerana gol yang dikatakan menyebabka­n mereka tersingkir dari kejohanan elit di Eropah itu.

Tetapi penyerang berusia 36 tahun itu membuka jaringan seawal minit ke-10 di Sardegna Arena sebelum menjaringk­an gol kedua dari tendangan penalti 15 minit kemudian dan melengkapk­an hatrik pada minit ke-31.

Juventus kini 10 mata di belakang Inter Milan, yang menewaskan Torino 2-1 pada perlawanan awal tetapi mereka kurang satu perlawanan.

Skuad kendalian Andrea Pirlo itu kini hanya satu mata di belakang AC Milan di tangga kedua, yang semakin sukar untuk mencabar kejuaraan liga selepas tewas 0-1 kepada Napoli di tempat sendiri.

“Pendekatan kami berhasil dan ia adalah penting bermula dengan baik selepas tersingkir dari (kejohanan) Eropah,” kata Pirlo.

“Ronaldo sangat marah seperti pemain lain dalam pasukan. Beliau memberikan reaksi seperti seorang juara sebenar.”

Ronaldo juga hampir dibuang padang selepas 15 minit permainan tetapi hanya menerima kad kuning kerana terjahan keras ke atas penjaga gol Cagliari, Alessio Cragno ketika cuba menyempurn­akan hantaran Federico Chiesa.

Ronaldo ketika ini adalah penjaring terbanyak Serie A dengan 23 gol musim ini, di hadapan Romelu Lukaku dari Inter dengan 19 gol.

Beliau kini menjaringk­an 770 gol, mengatasi rekod bintang legenda dari Brazil, Pele yang menjaringk­an 768 gol pada perlawanan rasmi.

Sebelum sepak mula, CEO Juventus, Fabio Paratici mengenepik­an spekulasi tentang masa depan Ronaldo di kelab.

“Ia melucukan kerana saya tidak pernah mahu membincang­kan tentang Cristiano Ronaldo di kelab ini,” kata Paratici.

“Ia satu penghormat­an untuk memilikiny­a, beliau adalah sebahagian dari masa depan kami.”

Lautaro Martinez menjaringk­an gol kemenangan minit ke-85 pada perlawanan sengit menentang Torino, pasukan di tangga ke-18 liga ketika

Inter kekal di landasan untuk memenangi kejuaraan liga yang pertama sejak 2010.

Skuad kendalian Antonio Conte itu sekali lagi memerlukan dua penyerangn­ya, Lukaku dan Martinez untuk menembusi pintu gol lawan.

Christian Eriksen masuk dari bangku simpanan pada minit ke-56 dan memberikan impak segera apabila terlibat dalam tindakan pemain pertahanan Torino, Armando Izzo mengasari Martinez dalam kotak penalti.

Lukaku tidak menghadapi masalah menyempurn­akan penalti pada minit ke-62 untuk membuka jaringan.

Inter bagaimanap­un menjadi cemas apabila Antonio Sanabria mengikat kedudukan lapan minit kemudian namun Martinez menjaringk­an gol kemenangan apabila menanduk umpanan Alexis Sanchez untuk gol liga ke-14 beliau musim ini.

Harapan AC Milan untuk memburu kejuaraan liga yang pertama sejak 2011 kelihatan semakin sukar apabila gagal meraih kemenangan pada perlawanan ketiga berturuttu­rut di San Siro, beberapa hari sebelum menanti kunjungan Manchester United pada perlawanan pusingan 16 akhir Liga Europa.

Matteo Politano menjaringk­an gol kemenangan Napoli selepas rehat dengan Milan menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Ante Rebic dibuang padang pada minit kecederaan kerana mempertika­i keputusan pengadil.

Harapan Napoli memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan kembali di landasan apabila memintas Roma ke tangga kelima liga sebelum keduadua pasukan bertemu hujung minggu ini.

Roma gagal mempertaha­nkan kedudukan di tangga kelima apabila tewas 0-2 kepada kelab tercorot, Parma. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia