Utusan Borneo (Sabah)

Pele zahir tahniah kepada Ronaldo kerana berjaya ‘memecah rekod gol’ beliau

-

MILAN: Bintang legenda bola sepak, Pele, mengucapka­n tahniah kepada Cristiano Ronaldo pada Ahad selepas ‘memecah rekod gol’ beliau pada perlawanan rasmi.

Ronaldo menjaringk­an hatrik ketika membantu Juventus menang 3-1 ke atas Cagliari dalam aksi Serie A Itali, sekali gus menjadikan koleksi gol pada perlawanan rasmi beliau berjumlah 770 gol.

Ronaldo, 36, memuat naik status ke laman sosial Instagram bahawa beliau boleh memadam rekod Pele dengan 767 gol pada 2 Mac lepas.

“Saya berasa gembira dan bangga kerana saya menjaringk­an gol yang telah meletakkan saya di senarai teratas gol dunia, mengatasi rekod Pele, sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan ketika membesar dari zaman kanak-kanak di Madeira,” tulis Ronaldo.

Pele, 80, juga memuat naik status di Instagram dengan berkata: “Tahniah kerana memecah rekod saya pada perlawanan rasmi.

“Saya sangat mengagumi kamu, saya suka menonton kamu bermain dan ia bukan rahsia.

“Satu-satu kekesalan saya ialah tidak dapat memberikan kamu pelukan hari ini.”

“Kehidupan Cristiano adalah seperti satu perjalanan solo. Setiap seorang melakukan perjalanan­nya dengan sendiri dan ia sememangny­a perjalanan yang sangat indah dari kamu!”

Pele – satu-satu pemain dalam sejarah yang memenangi tiga trofi Piala Dunia – mendakwa menjaringk­an 1,282 gol dalam kerjayanya, termasuk pada perlawanan tidak rasmi.

Gol Ronaldo termasuk 668 untuk kelabnya – lima bersama Sporting Lisbon, 118 bersama Manchester United, 450 bersama Real Madrid dan 85 bersama Juventus. Beliau juga menjaringk­an 120 gol bersama pasukan kebangsaan Portugal.

Beberapa media bagaimanap­un meletakkan bintang legenda Republik Czech, Josef Bican pada rekod 805 gol, di hadapan Ronaldo dan Pele.

Bekas penyerang Brazil, Romario juga mendakwa menjaringk­an 1,000 gol termasuk dalam perlawanan tidak rasmi. Ada pihak mendakwa beliau hanya menjaringk­an 772 gol. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIKAGUMI: Gambar fail bertarikh 13 Januari 2014 kelihatan Pele (kanan) bertepuk tangan ketika Ronaldo menerima anugerah Ballon d’Or award 2013 FIFA di Kongressha­us, Zurich.
— Gambar AFP DIKAGUMI: Gambar fail bertarikh 13 Januari 2014 kelihatan Pele (kanan) bertepuk tangan ketika Ronaldo menerima anugerah Ballon d’Or award 2013 FIFA di Kongressha­us, Zurich.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia