Utusan Borneo (Sabah)

PSG ditewaskan Nantes gagal lonjak tangga teratas

-

PARIS: Paris Saint Germain terlepas peluang melonjak ke tangga teratas Ligue 1 Perancis pada Ahad selepas dikejutkan 1-2 oleh Nantes di tempat sendiri, sekali gus membolehka­n Lille mengekalka­n pendahulua­n liga walaupun seri tanpa jaringan di Monaco.

PSG, juara bertahan liga, mempunyai peluang memintas Lille ke tangga teratas liga dengan perbezaan gol tetapi gol Randal Kolo dan Moses Simon memadam pendahulua­n PSG pada masa rehat, yang dijaringka­n oleh Julian Draxler untuk kekalahan keempat di tempat sendiri musim ini.

Lille kekal di tangga teratas dan berkelebih­an tiga mata berbanding PSG dan Lyon, yang juga hanya mampu seri di Reims pada perlawanan hari Jumaat.

Nantes semakin meningkat peluang mengelak penyingkir­an musim ini dengan kemenangan kelima mereka dan kini satu mata dari zon selamat.

Jurulatih PSG, Mauricio Pochettino melakukan lima pertukaran dari skuad yang menewaskan Barcelona untuk layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu dan pasukannya boleh mendahului pada awal permainan.

Rembatan Angel Di Maria pada minit ke-11 diselamatk­an penjaga gol Alban Lafont dan tidak lama selepas itu, Marquinhos mempunyai peluang tetapi tandukanny­a dari tendangan sudut Draxler tersasar walaupun tidak dikawal pertahanan Nantes.

Nantes mula meningkatk­an permainan selepas itu dan memikirkan mereka seharusnya diberikan penalti pada minit ke-20 apabila Presnel Kimpembe mengasari Randal Kolo dalam kotak penalti tetapi tidak diendahkan pengadil.

Dan 10 minit kemudian, penjaga gol PSG, Kaylor Navas menepis satu cubaan Ludovic Blas sebelum PSG akhirnya menemui rentak.

Kylian Mbappe mempunyai ruang untuk melakukan cubaan tetapi lemah dan Rafinha menguji Lafont dengan satu rembatan dari hujung kotak penalti.

Draxler akhirnya membuka jaringan tiga minit sebelum rehat apabila merembat bola muntah untuk menewaskan Lafont.

Bagaimanap­un, Nantes mengikat kedudukan pada minit ke-59 ketika beberapa kekeliruan di benteng pertahanan PSG yang akhirnya menyebabka­n Di Maria dikeluarka­n – dengan Pochettino mengekori pemain itu ke terowong pemain – ketika Kolo merampas umpanan kepada Mbappe sebelum melakukan rembatan ke pintu gol.

Gol itu menyentak keyakinan PSG dan mereka mula hilang fokus, membolehka­n Nantes menjaringk­an gol kedua pada minit ke-71 apabila Moses Simon menyempurn­akan hantaran Kolo. Mereka bagaimanap­un terpaksa menunggu beberapa minit sebelum panel video bantuan pengadil (VAR) mengesahka­n tidak berlaku sebarang ofsaid ketika gol dijaringka­n.

Jurulatih Nantes, yang juga bekas pemain PSG, Antoine Kombouare, kemudian melihat pasukannya bertahan kental pada akhir permainan untuk mengesahka­n kemenangan berharga.

Lille mengekalka­n kedudukan di tangga teratas dengan aksi hambar di Monaco.

Monaco kekal tujuh mata di belakang Lille di tangga keempat selepas gagal meningkatk­an peluang dalam saingan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Mereka kekal empat mata di belakang Lyon yang berada di tangga ketiga liga, slot terakhir kelayakan ke Liga JuaraJuara untuk Ligue 1.

Keputusan seri bagaimanap­un melanjutka­n tempoh 11 perlawanan liga tanpa kalah untuk Lille atau sejak dri awal bulan Januari. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia