Utusan Borneo (Sabah)

Yang pertama di Malaysia

Sarawak miliki pusat kriket berkelas dunia mempunyai lima kemudahan bagi latihan

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Sarawak kini memiliki Pusat Kriket Berprestas­i Tinggi yang pertama di Malaysia, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau memberitah­u, pusat bertaraf antarabang­sa itu mempunyai lima kemudahan bagi latihan sukan tersebut yang turut dilengkapi rumput sintetik.

“Pusat berprestas­i tinggi kriket ini mengikut standard antarabang­sa yang pertama ditubuhkan di Malaysia, menjadi tempat latihan berkelas dunia seperti mana yang terdapat di England, Australia dan New Zealand.

“Saya yakin dengan kemudahan latihan berkelas dunia ini kita dapat mempersiap­kan atlet-atlet kriket bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pusat itu di Petra Jaya semalam. Menurutnya, dengan pusat berprestas­i tinggi, sukan kriket di negeri ini dapat dibangunka­n sekali gus mencungkil lebih ramai bakat baharu dalam sukan itu.

Abdul Karim menjelaska­n, setaka ini lima pemain muda Sarawak beraksi bersama pasukan Kebangsaan bawah 19 tahun.

“Mereka ialah Aairen Alam, Kenny Kuan, Kenneth Kuan, Nur Fatin Nazirah dan Dania dan kita berharap dengan kemudahan baharu ini dapat melahirkan lebih ramai atlet mewakili negara,” katanya.

Mengulas lanjut pusat berprestas­i tinggi tersebut, Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan itu berkata ia dibina secara berperingk­at melibatkan tiga fasa yang mana fasa pertama telahpun siap.

“Fasa kedua pula melibatkan pembinaan Padang

Kriket dan Ragbi Sarawak yang mana proses tender akan dibuat dalam masa terdekat.

“Fasa ketiga pula melibatkan akademi kriket (kampung sukan) yang mana kita menyasarka­n membangunk­an atlet-atlet untuk Sarawak dan negara,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak, Dr Ong Kong Swee dan tetamu lain.

Pusat berprestas­i tinggi kriket ini mengikut standard antarabang­sa yang pertama ditubuhkan di Malaysia, menjadi tempat latihan berkelas dunia seperti mana yang terdapat di England, Australia dan New Zealand. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Belia dan Sukan

 ??  ?? KELAS DUNIA: Abdul Karim ditemani Snowdan dan Ong ketika merasmikan Pusat Kriket Berprestas­i Tinggi, Petra Jaya, Kuching semalam.
KELAS DUNIA: Abdul Karim ditemani Snowdan dan Ong ketika merasmikan Pusat Kriket Berprestas­i Tinggi, Petra Jaya, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia