Utusan Borneo (Sabah)

Clijsters tarik diri, tetapi ‘belum bersedia untuk bersara’

-

BRUSSELS: Bekas pemain nombor satu dunia, Kim Clijsters, yang dijadual kembali beraksi dalam tempoh 10 hari di Miami, menarik diri dari kejohanan itu pada Ahad tetapi berkata di laman Twitter bahawa beliau ‘belum bersedia untuk bersara’.

Pemain berusia 37 tahun dari Belgium itu, yang muncul juara di Miami pada 2005 dan 2010, diberikan penyertaan wildcard untuk menyertai kejohanan rasmi pertama beliau sejak 2 September, apabila tewas kepada Ekaterina Alexandrov­a di pusingan pertama Terbuka Amerika (AS).

Clijsters menjalani satu pembedahan lutut pada bulan Oktober dan kemudian dijangkiti COVID-19 pada bulan Januari, memaksa beliau mengubah jadual permainann­ya.

“Ketika gejala adalah ringan, ia ada mengganggu jadual latihan saya,” kata ibu kepada tiga orang anak itu.

“Malangnya, saya tidak berada pada tahap yang saya mahukan terutama sekali jika mahu bersaing dengan pemain terbaik.

“Ia mengecewak­an dan saya tahu ia adalah sukar apabila saya memulakan semula perjalanan saya sebagai pemain dan ada cabaran yang di luar kawalan saya.

“Saya belum bersedia untuk bersara lagi... saya akan terus berusaha dan melihat apa yang boleh berlaku.”

Clijsters hanya bermain dalam tiga kejohanan dan tiga perlawanan pada 2020 selepas tewas di pusingan pertama.

Beliau ketika ini berada pada ranking ke-1,055 dunia dan diberikan penyertaan wildcard di Miami.

Beliau memiliki 43 kejuaraan perseorang­an, termasuk tiga kejuaraan Terbuka AS dan satu Terbuka Australia.

Beliau juga memenangi kejohanan akhir musim WTA sebanyak tiga kali dan juga memenangi Piala Fed sekali bersama Belgium. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia