Utusan Borneo (Sabah)

Pelantikan Posa bagi merancakka­n pembanguna­n bola sepak tempatan

-

MIRI: Pelantikan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mampu memberi impak kepada pembanguna­n bola sepak Sarawak.

Timbalan Presiden FAS, Mohd Saif Jubaidi berkata pemilihan Posa dilihat sebagai batu lonjatan untuk memajukan dan mengangkat martabat sukan bola sepak di Sarawak.

“Saya percaya dan yakin dengan adanya beliau (Posa) dalam badan induk FAM, banyak program dan perancanga­n akan dilaksanak­an dan memberi manfaat kepada semua terutamany­a peminat-peminat bola sepak Sarawak,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Mohd Saif berharap pembanguna­n bola sepak di Sarawak juga dilaksanak­an secara menyeluruh serta Sarawak mendapat peruntukan daripada badan induk itu untuk aktiviti pembanguna­n bola sepaknya.

“Sekurang-kurangnya kita mempunyai wakil dalam FAM yang dapat menyuaraka­n keperluan dan kemudahan boleh dimanfaatk­an demi untuk pembanguna­n bola sepak tempatan,” jelasnya.

Mohd Saif juga mengucapka­n tahniah kepada Posa yang akan mengalas tanggungja­wab dan tugas baharu sebagai Naib Presiden FAM.

Bagi Presiden Persatuan

Bola Sepak Bahagian Miri, Nazri Ahmad Lai berkata pelantikan Posa mampu memberi nafas baharu untuk mengetenga­hkan bakat-bakat tempatan dalam pasukan kebangsaan.

“Kita berharap ada pemain-pemain tempatan dari Sarawak diberi peluang menyarung jersi kebangsaan dan inilah ertinya pembanguna­n yang kita ingin ketengahka­n.

“Bukan hanya mempunyai wakil dalam badan induk FAM, tetapi peluang kepada pemain-pemain kita untuk menyerlah dan diserapkan kepada dalam pasukan kebangsaan juga kemungkina­n ada,” katanya.

Posa dilantik sebagai Naib Presiden FAM bagi penggal 2021-2025 pada pemilihan jawatankua­sa baharu badan induk persatuan itu sempena Kongres Tahunan FAM Ke57

di Putrajaya, Sabtu lalu.

Dalam pemilihan itu, daripada empat kerusi naib presiden, dua penyandang berjaya mengekalka­n jawatan masing-masing iaitu Datuk Seri Rosmadi Ismail selepas memperoleh­i undi tertinggi iaitu 36 dan Mohd Joehari Ayub (35 undi) manakala dua muka baharu ialah Mohd Firdaus Mohamed (32 undi) dan Datuk Posa Majais (30 undi).

 ??  ?? TAHNIAH: Saif bersama Posa pada pemilihan jawatankua­sa baharu badan induk persatuan itu sempena Kongres Tahunan FAM Ke-57 di Putrajaya, Sabtu lalu.
TAHNIAH: Saif bersama Posa pada pemilihan jawatankua­sa baharu badan induk persatuan itu sempena Kongres Tahunan FAM Ke-57 di Putrajaya, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia