Utusan Borneo (Sabah)

Semua pihak perlu hebah kebaikan vaksin

1,200 orang pasukan barisan hadapan di Tawau menerima suntikan vaksin fasa pertama

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Seramai 1,200 orang pasukan barisan hadapan, di sini menerima suntikan vaksin COVID-19 fasa pertama yang bermula semalam.

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) Arnold Joibi berkata, vaksin fasa pertama yang tiba di daerah ini akan diberikan kepada pasukan barisan hadapan supaya mereka dapat dilindungi daripada jangkitan wabak.

“Kumpulan pertama berkenaan merupakan mereka yang berisiko dijangkiti wabak kerana banyak berurusan dengan orang ramai semasa menjalanka­n tugas harian.

“Bagi Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) pula, lebih 400 kakitangan yang akan mengambil suntikan berkenaan dalam beberapa peringkat,” katanya ketika ditemui dalam majlis suntikan vaksin COVID-19 fasa pertama, di sini.

Menurutnya, masyarakat Tawau yang sudah mendaftar akan diberikan suntikan itu dalam fasa seterusnya yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Kami mengharapk­an semua masyarakat di daerah ini untuk segera mendaftar di MySejahter­a atau di mana-mana klinik kesihatan yang berdekatan.

“Sebanyak sembilan tempat sudah dikenal pasti untuk tujuan pemberian suntikan vaksin berkenaan dan mereka yang sudah mendaftar akan dipanggil mengikut alamat tempat tinggal yang didaftar,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr. G. Navindran berkata, semua pihak perlu membantu pihak kerajaan untuk mewarwarka­n kebaikan suntikan vaksin.

“Kami mahukan semua masyarakat Tawau wajib untuk menerima suntikan vaksin supaya kes positif wabak COVID-19 di daerah ini dapat dikurangka­n.

“Pihak Pejabat Kesihatan Kawasan (PPK) Tawau memohon supaya semua ambil peranan memberitah­u keluarga, rakan dan masyarakat supaya segera mendaftar di MySejahter­a,” katanya.

Beliau berkata, semua penduduk yang berumur 18 tahun ke atas wajib menerima suntikan vaksin dan jangan takut untuk mendaftar.

“Semua yang bakal menerima vaksin akan ditemu duga dan diperiksa dahulu, sekiranya mereka layak baru diberikan suntikan berkenaan.

“Vaksin COVID-19 yang diberikan itu tidak akan memberikan mudarat walaupun mempunyai penyakit kecuali mereka yang disahkan menghidap penyakit kronik dan alergik vaksin,” katanya.

Turut divaksin pada hari pertama Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas, Pegawai APM Tawau Kapten Hussain Mohd Noor dan Timbalan Presiden MPT Joseph Pang.

 ??  ?? VAKSINASI: Arnold antara yang terawal terima suntikan vaksin di sini.
VAKSINASI: Arnold antara yang terawal terima suntikan vaksin di sini.
 ??  ?? KUMPULAN PERTAMA: Arnold (tiga kanan) bersama ketua-ketua jabatan yang menerima suntikan vaksin COVID-19 fasa pertama di Tawau.
KUMPULAN PERTAMA: Arnold (tiga kanan) bersama ketua-ketua jabatan yang menerima suntikan vaksin COVID-19 fasa pertama di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia