Utusan Borneo (Sabah)

Terima vaksin tanpa rasa bimbang

Untuk kebaikan bersama, putuskan rantaian COVID-19, kata Jahid

- Oleh Yap Siong Han

TAMPARULI: Rakyat diseru agar menerima suntikan vaksin COVID-19 secara terbuka tanpa perlu raguragu.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, rakyat tidak perlu takut tetapi perlu bersedia dengan situasi itu untuk kebaikan bersama.

“Kerajaan kita telah melakukan penelitian yang rapi terlebih dahulu sebelum memilih jenis vaksin yang sesuai untuk kegunaan rakyat di negara ini,” katanya ketika menyempurn­akan majlis Penyerahan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan B40 dari lima buah kampung di sini, kelmarin.

Beliau percaya rakyat di Tamparuli juga tidak mudah dihasut dengan pihak yang cuba mengelak daripada menerima vaksin berkenaan tetapi menerimany­a dengan hati terbuka.

“Sudah ramai pemimpin tertinggi termasukla­h Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah sendiri telah mengambil suntikan vaksin ini, termasukla­h para petugas barisan hadapan kita, dan sehingga kini belum ada kesan-kesan negatif seperti yang digembar-gemburkan sesetengah orang yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Tegasnya, pengambila­n vaksin sebenarnya juga penting sebagai langkah jangka panjang bagi melindungi diri selain untuk kekuatan antibodi.

“Dulu kita kecil-kecil di sekolah pun kita ada terima vaksin, kesannya adalah selamat, jadi rakyat Sabah termasuk orang Tamparuli perlu menyokong usaha murni kerajaan ini untuk kebaikan semua,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun bantuan bakul makanan yang diberikan tidaklah seberapa, tetapi sekurang-kurangnya mampu untuk membantu meringanka­n beban rakyat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, bantuan berkenaan tidak mengenal warna kulit, pegangan politik, agama dan sebagainya, asalkan mereka layak di bawah kategori B40, akan mendapatny­a.

“Sekiranya ada yang tercicir tolong maklumkan pihak urusetia kerana semua kita akan mendapat pembelaan,” tambahnya.

Seramai 85 penerima daripada golongan B40 mewakili lima buah kampung iaitu Kg Bawang, Kg Bantayan, Kg Bontoi, Kg Dopu dan beberapa penghuni kampus Sekolah Menengah Advent Sabah (SASS) Tamparuli menerima bantuan bakul makanan itu.

 ??  ?? SERAH: Jahid (tengah) ketika menyerahka­n bantuan kepada seorang penerima.
SERAH: Jahid (tengah) ketika menyerahka­n bantuan kepada seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia