Utusan Borneo (Sabah)

Sabah catat kes COVID-19 terendah

- Oleh Yap Siong Han

Sabah mencatatka­n kes positif baharu COVID-19 terendah iaitu hanya 29 kes sahaja semalam berbanding jumlah kes harian sebelum ini.

Daerah Nabawan mencatatka­n 11 kes baharu, sementara Tawau (7), Kalabakan (6) dan Keningau (2) dan masingmasi­ng satu kes di daerah Kota Kinabalu, Sipitang serta Tambunan.

Daerah seperti Beluran, Telupid, Sandakan, Kinabatang­an, Lahad Datu, Kunak, Tongod, Semporna, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan, Papar, Beaufort, Tenom dan Kuala Penyu tidak mencatatka­n sebarang kes positif baharu.

Selain itu, tiada kluster baharu dicatatkan pada 15 Mac 2021.

Terdahulu, Sabah mencatatka­n 39 kes baharu positif COVID-19 pada 14 Mac 2021 berbanding 71 kes pada hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kewujudan kluster baharu juga tidak ada. Daripada 39 kes baharu berkenaan, sebanyak 26 kes daripada saringan kontak rapat, saringan bergejala tiga kes, saringan kluster sedia ada empat kes dan enam kes adalah daripada lain-lain kategori.

“Jumlah pesakit COVID19 yang sembuh ialah 158 menjadikan jumlah kumulatif 52,869 orang. Seramai 482 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 192 orang di hospital dan 290 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

“Bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi pula ialah 15 orang dan enam orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Kampung Lingkudau, Keningau bermula 15 Mac sehingga 28 Mac 2021.

Katanya, sehingga 12 Mac 2021, Kementeria­n Kesihatan Malaysia telah melaksanak­an 102 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 19 kes positif telah direkodkan.

“Pelaksanaa­n PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanak­an saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti.

“Selain itu, aktiviti rekreasi laut dan sungai seperti scuba diving, snorkellin­g dan memancing adalah dibenarkan dengan hanya 50 peratus kapasiti dengan mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Katanya, muatan penumpang bagi bot laju terbuka dan tertutup yang membawa individu untuk aktiviti rekreasi laut dan sungai adalah dibenarkan mengikut kapasiti tertakluk kepada penjarakan fizikal satu meter di antara penumpang.

“Pindaan ini berkuatkua­sa mulai 15 Mac 2021,” katanya.

Untuk penerima vaksin pula katanya, sehingga kini sejumlah 25,439 orang telah menerima vaksin fasa pertama bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia