Utusan Borneo (Sabah)

Perintah Berkurung ESSZone disambung lagi

- Oleh Amir Anuar

Perintah Berkurung di tujuh daerah Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) diteruskan dan bakal memasuki siri ke-158 dari 17 hingga 31 Mac ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, Perintah Berkurung masih relevan dalam usaha menangani ancaman cubaan penculikan dan jenayah rentas sempadan dari negara jiran.

“Penguatkua­saan selama 14 hari Perintah Berkurung dijalankan mengikut Seksyen 31 (4) Akta Polis 1967,” katanya, menerusi kenyataan medianya di sini, semalam.

Hazani berkata, ketujuhtuj­uh daerah itu terdiri daripada daerah-daerah di pantai timur seperti Sandakan, Beluran, Kinabatang­an, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Selaras pengisytih­aran sambungann­ya juga, orang ramai di daerah terbabit dikehendak­i tidak memasuki atau berada di kawasan perairan larangan Perintah Berkurung dari jam 6 petang hingga 6 pagi.

“Kesinambun­gan Perintah Berkurung penting untuk menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah di Wilayah ESSZone khususnya di kawasan perairan berhampira­n sempadan. Kita mahu memastikan perairan kita tidak dicerobohi pengganas yang mengancam keselamata­n semua, termasuk penyelidik antarabang­sa dan pelancong,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n perolehan maklumat risikan, kumpulan penculikan untuk tebusan (KFR) dan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dipercayai masih mengintai peluang.

Menurutnya, kumpulanku­mpulan pengganas berkenaan masih cuba menceroboh perairan negara untuk menjalanka­n kegiatan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

“Kumpulan-kumpulan pengganas berkenaan masih cuba menceroboh perairan negara kita untuk melakukan kegiatan penculikan dan jenayah rentas sempadan yang lain,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, langkah meneruskan Perintah Berkurung juga secara tidak langsung memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan pergerakan bot di perairan ESSZone.

Pada masa sama, memberi keyakinan kepada komuniti ESSZone termasuk pengusaha chalet dan perikanan dengan kehadiran pasukan penguat kuasa di perairan sempadan.

“Saya juga memberi kuasa Ketua Polis Daerah di ESSZone mengeluark­an permit jika pemohon memenuhi syarat ditetapkan untuk berada di zon larangan Perintah Berkurung,” katanya.

 ??  ?? HAZANI
HAZANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia