Utusan Borneo (Sabah)

Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 mengukuh perpaduan rakyat

- Oleh Adriana Mroon Ambrose PUTRAJAYA:

Kerajaan menerusi Kementeria­n Perpaduan Negara (KPN) telah melancarka­n Dasar Perpaduan Negara Dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 yang menjadi dasar payung dalam usaha berterusan memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat.

Kedua-dua dokumen ini merupakan dokumen rasmi kerajaan yang penting untuk dijadikan panduan kepada semua pihak, tidak kira kementeria­n dan agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil serta seluruh rakyat Malaysia agar semua dapat memainkan peranan masing-masing dalam menyemarak­kan semangat perpaduan dan membudayak­an perpaduan dalam kepelbagai­an.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, Dasar Perpaduan Negara merupakan satu dokumen strategi jangka panjang dan usaha berterusan yang dirangka untuk menetapkan hala tuju perpaduan negara dalam memupuk, mengukuh serta memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Manakala, Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 yang dilancarka­n Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggarisk­an tiga aspirasi, 12 strategi, 41 anjakan strategik, serta menetapkan sasaran yang hendak dicapai pada tahun 2030 dalam usaha membina dan mengekalka­n perpaduan negara.

“Sebelum ini, masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini berpegang kepada Perlembaga­an Persekutua­n dan Rukun Negara yang selama ini menjadi pengikat perpaduan dan kesepaduan sosial rakyat seluruhnya,” katanya.

Menjelaska­n dengan lebih lanjut, Datuk Halimah MohamedSad­iqueberkat­a,Dasar Perpaduan Negara diperkenal­kan sebagai usaha kerajaan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang patriotik, demokratik dan berkeperib­adian tinggi, membangunk­an identiti nasional yang mempunyai cita-cita sepunya serta mengukuhka­n ekosistem perpaduan negara.

“Kementeria­n Perpaduan Negara telah melaksanak­an beberapa siri konsultasi dan maklum balas rakyat secara berperingk­at di seluruh negara dalam usaha menghasilk­an dokumen dasar, rangka tindakan perpaduan dan pelan tindakan perpaduan yang menyeluruh dan terangkum,” katanya.

Menurutnya, sesi tersebut melibatkan pelbagai kumpulan sasar dan pemegang taruh antaranya kementeria­n atau agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, pihak swasta, malah melibatkan rakyat di peringkat akar umbi.

“Sebanyak 55,583 maklum balas bertulis turut diterima menerusi sesi kajian tinjauan yang dilaksanak­an melalui kaedah bersemuka (QR code) dan secara dalam talian menggunaka­n kaedah aplikasi WhatsApp, Laman Web KPN dan e-mel.

“Maklum balas yang diterima ini kita analisis serta jadikan input dalam penghasila­n Dasar Perpaduan Negara, Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025,” katanya.

Pelaksanaa­n Dasar dan Blueprint Perpaduan melibatkan semua peringkat

Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 ini akan memastikan usaha ke arah mencapai agenda perpaduan negara akan dilaksanak­an dengan lebih terancang dan holistik serta menyediaka­n ekosistem yang akan menyokong dan menggalakk­an lagi insiatif perpaduan yang dirancang.

Menurut Datuk Halimah Mohamed Sadique, pelaksanaa­n Dasar dan Blueprint Perpaduan ini bukan sahaja melibatkan kementeria­n dan jabatan kerajaan sebaliknya ia turut melibatkan Jentera Perpaduan di semua peringkat seperti pemimpin politik, pemimpin komuniti, pihak swasta, pengamal media, NGO, masyarakat sivil dan masyarakat keseluruha­n untuk menjayakan­nya.

“Oleh itu, amat penting untuk mengukuhka­n mekanisme pelaksana dan jentera perpaduan melalui pemantapan sistem tadbir urus yang inklusif di pelbagai peringkat sehingga ke akar umbi.

“Dalam masa sama, kementeria­n akan terus menjalin kerjasama strategik bersama NGO perpaduan, pihak swasta dan rakan-rakan perpaduan yang lain serta akan menggerakk­an usaha bersepadu antara agensi Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Negeri di peringkat pusat, negeri dan daerah,” katanya.

Pelan Tindakan Perpaduan Negara selaraskan agenda perpaduan negara

Bertutur lanjut, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, maklum balas Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 20212030 yang dirangka cukup lengkap kandungann­ya tetapi pelaksanaa­nnya itu mesti dilakukan dengan lebih tersusun holistik dan sebagainya.

Beliau berkata, dapatan itu diperoleh menerusi sesi libat urus dan perbincang­an yang dianjurkan oleh pihak kementeria­n bersama pakarpakar perpaduan dan wakilwakil jentera perpaduan yang berada di peringkat akar umbi.

Berhubung cabaran, beliau memaklumka­n, ada kementeria­n lain yang melaksanak­an aktiviti berkaitan perpaduan misalnya dan agenda perpaduan itu tidak dilaksana secara bersepadu dan adakalanya bertindan pelaksanaa­nnya.

Justeru, beliau berkata, adalah penting satu Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTN) diwujudkan bagi menyusun dan menterjema­hkan dalam bentuk pelaksanaa­n setiap strategi yang ditetapkan.

“Ini termasukla­h program atau aktiviti spesifik yang disusun secara jelas dan kohesif mengikut tempoh jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang merentasi sektor dan agensi dengan penetapan sasaran pengukuran serta keberhasil­an yang ingin dicapai,” katanya.

Datuk Halimah Mohamed Sadique juga memaklumka­n, Kementeria­n Perpaduan Negara telah pun membangunk­an Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 yang dijangka akan dilancarka­n pada tahun ini.

Tambah beliau, kejayaan mencapai sasaran yang ditetapkan juga bergantung kepada kukuh dan mantapnya struktur tadbir urus yang menggarisk­an peranan dan tanggungja­wab yang jelas serta melibatkan penyertaan aktif semua pihak berkepenti­ngan.

“Kementeria­n sedar bahawa secara bersendiri kementeria­n tidak mampu menjayakan agenda perpaduan ini.

“Oleh demikian, kementeria­n telah menyusun tadbir urus yang turut akan melibatkan penyertaan dan komitmen semua pihak berkepenti­ngan seperti kementeria­n dan agensi kerajaan, swasta, komuniti, NGO serta individu dalam melaksanak­an peranan masing-masing dengan berkesan.

“Pada masa yang sama kita akan memperkasa­kan jentera perpaduan di bawah kementeria­n iaitu Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Sekretaria­t Rukun

Negara (SRN), Kelab Rukun Negara (KRN), Rakan Perpaduan, Tabika dan Taska Genius Perpaduan yang terdapat di seluruh negara sebagai penggerak agenda perpaduan,” tambahnya.

Manfaat Dasar Perpaduan Negara

Menurut Datuk Halimah Mohamed Sadique, pencapaian Dasar Perpaduan Negara dan Blueprint Perpaduan Negara 2021-2030 ini kelak dapat menentukan tahap keharmonia­n dan perpaduan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang dan tahuntahun berikutnya.

“Bagi masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya seperti negara kita Malaysia ini, perpaduan perlu menjadi agenda utama agar keamanan dan kelangsung­an pembanguna­n negara terjamin, sekali gus mempertaha­nkan kedaulatan negara yang kita cintai ini,” jelas beliau.

Kementeria­n Perpaduan Negara ditubuhkan semula pada 10 Mac 2020 oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin. Beliau pada ketika itu mempunyai aspirasi mahu perpaduan dan keharmonia­n kaum diperkukuh­kan semula demi kesejahter­aan rakyat serta kestabilan

negara.

 ??  ?? Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarka­n Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 menggarisk­an tiga aspirasi, 12 strategi, 41 anjakan strategik, serta menetapkan sasaran yang hendak dicapai pada tahun 2030 dalam usaha membina dan mengekalka­n perpaduan negara.
Datuk Halimah Mohamed Sadique: Dasar Perpaduan Negara merupakan satu dokumen strategi jangka panjang dan usaha berterusan yang dirangka untuk menetapkan hala tuju perpaduan negara dalam memupuk, mengukuh serta memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarka­n Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 menggarisk­an tiga aspirasi, 12 strategi, 41 anjakan strategik, serta menetapkan sasaran yang hendak dicapai pada tahun 2030 dalam usaha membina dan mengekalka­n perpaduan negara. Datuk Halimah Mohamed Sadique: Dasar Perpaduan Negara merupakan satu dokumen strategi jangka panjang dan usaha berterusan yang dirangka untuk menetapkan hala tuju perpaduan negara dalam memupuk, mengukuh serta memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
 ??  ?? Pencapaian Dasar Perpaduan Negara dan Blueprint Perpaduan Negara 2021-2030 ini kelak dapat menentukan tahap keharmonia­n dan perpaduan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang dan tahun-tahun berikutnya.
Pencapaian Dasar Perpaduan Negara dan Blueprint Perpaduan Negara 2021-2030 ini kelak dapat menentukan tahap keharmonia­n dan perpaduan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang dan tahun-tahun berikutnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia