Utusan Borneo (Sabah)

JKDB puji usaha JaPen Ranau laksana program ‘Outreach On Wheels’

-

RANAU: Jawatankua­sa Keselamata­n Dalam Bandar (JKDB) daerah ini, memuji usaha Jabatan Penerangan (JaPen) Ranau kerana berjaya melaksanak­an program ‘Outreach On Wheels’ bagi membantu memberi pelbagai info terbaik kepada masyarakat umum kawasan pekan mahupun pedalaman.

Pengerusi JKDB pekan Ranau Tan Eng Sing ketika ditemui berterima kasih kepada JaPen daerah itu di bawah pegawainya Kenny

Thomas atas inisiatif merangka program dengan melaksanak­an pelbagai aktiviti berperingk­at memberi faedah kepada masyarakat daerah itu, melibatkan 40 lokasi di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, Karanaan dan Paginatan.

“Program itu memberi makluman dan pengetahua­n kepada rakyat terhadap kepentinga­n mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan selain keperluan rakyat memberi kerjasama mematuhi arahan agar mendaftar sebagai penerima imunisasi (suntikan vaksin) COVID-19 bagi memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan yang masih menular seluruh dunia,” katanya.

Beliau menyeru kepada warga Ranau termasuk barisan Jawatankua­sa JKDB supaya tampil mendafar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 itu tanpa berasa takut atau bimbang sebagai langkah melindungi diri sendiri, keluarga, komuniti, negeri dan negara daripada pandemik yang memang sukar dilihat dengan mata kasar.

“Lindung Diri, Lindung Semua,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri program JaPen di perkaranga­n Pasar Besar pekan Ranau baru-baru ini, yang turut dihadiri Pegawai Jabatan Kesihatan daerah Dr. Wong Yoke Kong dan Pegawai Kesihatan Persekitar­an Daerah Ranau Norazirah Aji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia