Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai strategi imunisasi kunci kejayaan pelaksanaa­n

-

KUALA LUMPUR: Walaupun pendaftara­n vaksin secara dalam talian dan manual diperkenal­kan lebih dua minggu lalu, pendaftara­n awam yang rendah bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menimbulka­n kerisauan Malaysia tidak akan mencapai kekebalan kawanan (herd immunity) dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hanya 22.1 peratus penduduk (5,355,970 individu) telah mendaftar untuk vaksinasi melalui aplikasi MySejahter­a pada 13 Mac. Ini adalah jauh dari matlamat yang diinginkan – menyuntik lebih 80% penduduk (hampir 27 juta daripada 32 juta rakyat Malaysia) dengan vaksin COVID-19 menjelang Mac 2022.

Sehingga kini, terdapat lima kaedah bagi warganegar­a Malaysia mendaftar untuk vaksinasi.

Menurut Buku Panduan Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan yang diterbitka­n Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), orang ramai boleh mendaftar untuk vaksinasi secara dalam talian melalui aplikasi MySejahter­a atau laman web www.vaksincovi­d.gov.my.

Dari segi pendaftara­n vaksin secara manual, terdapat tiga kaedah untuk dipilih orang ramai – hubungi talian hotline untuk tujuan pendaftara­n mulai 5 Mac; lawati klinik dan hospital awam serta swasta; dan melalui program pendekatan penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Penubuhan JKJAV dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) baru-baru ini memang merupakan permulaan yang baik bagi Malaysia untuk melancarka­n program imunisasi.

Namun begitu, bagi memastikan keberkesan­an pelaksanaa­n, pendekatan seluruh jentera kerajaan dan masyarakat (the whole of government and the whole of society approach) yang jauh merangkumi Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) amatlah diperlukan.

Ini melibatkan pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan, sekolah, universiti dan penyedia perkhidmat­an kesihatan, dengan tujuan mempercepa­tkan proses imunisasi.

Bagi memastikan setiap penduduk menerima vaksin, Majlis Pengurusan­KomunitiKa­mpung (MPKK), Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) dan jawatankua­sa penduduk perlu memainkan peranan proaktif ketika memantau liputan vaksin di komuniti masing-masing.

Walaupun pihak kerajaan dan media telah mengedarka­n beberapa infografik secara dalam talian, individu yang mempunyai akses terhad dalam peranti digital atau data mungkin tidak akan memahami proses dan kebaikan imunisasi dengan sepenuhnya.

Demi memastikan program pendekatan penduduk yang berkesan di kawasan luar bandar dan pedalaman, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan mungkin dapat memainkan peranan berkesan dengan menyediaka­n maklumat mengenai kesan sampingan imunisasi dalam bentuk risalah selain menyebarka­n informasi berkaitan melalui akhbar atau majalah. Ini dapat diagihkan melalui lawatan dari rumah ke rumah.

Walaupun pendaftara­n bagi tanggungan, termasuk ibu bapa yang tua atau individu tanpa telefon pintar akan disediakan melalui aplikasi MySejahter­a tidak lama lagi, anak-anak yang tidak tinggal bersama ibu bapa mereka mungkin tidak dapat membantu dalam hal ini.

Penduduk Sabah atau Sarawak yang kini bekerja atau tinggal di Semenanjun­g Malaysia juga tidak dapat pulang ke kampung mereka dengan segera, seperti yang mereka kehendaki. Mereka perlulah menjalani ujian swab dan memohon izin perjalanan sebelum bertemu dengan ibu bapa mereka yang tua.

Demi memastikan semua rakyat diberi vaksin, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan mungkin perlu membantu warga tua dalam pendaftara­n vaksinasi melalui aplikasi MySejahter­a selain menjelaska­n prosedur dan kemungkina­n kesan sampingan vaksinasi semasa mengadakan lawatan dari rumah ke rumah.

Mereka juga dapat membantu individu yang tidak memiliki akses Internet atau peralatan digital untuk mendaftar vaksinasi.

Di samping itu, KKM mungkin dapat merujuk pendekatan AS – mengerahka­n sejumlah besar sukarelawa­n dalam program vaksinasi.

Selain pelajar perubatan, kejururawa­tan, farmasi dan fakulti kesihatan yang lain, sukarelawa­n vaksin itu juga dapat dibentuk di peringkat akar umbi dengan mengerahka­n para pakar klinikal yang telah bersara atau tidak bekerja. Mereka boleh ditugaskan dalam penyuntika­n vaksin, memantau individu yang baru menerima vaksin atau mengatur dos kedua agar vaksin berkesan sepenuhnya.

Pelajar yang menjadi sukarelawa­n vaksin dapat diberi latihan dalam pengurusan­vaksin di kawasan perumahan kos rendah dan rumah-rumah perlindung­an bagi gelandanga­n dan keganasan rumah tangga. Mereka juga haruslah diberikan pengangkut­an ke tempat vaksinasi atau memberi perkhidmat­an dos langsung kepada warga tua yang mengalami kesukaran keluar dari rumah.

Dengan mengerahka­n sukarelawa­n vaksin secara besar-besaran, KKM dapat mempercepa­tkan pengagihan vaksin COVID-19 di seluruh negara selain memastikan dos diedarkan adalah secara adil dan saksama kepada setiap warganegar­a Malaysia.

Bagi mempercepa­tkan proses imunisasi, kerajaan juga dapat mempertimb­angkan pendekatan Indonesia – bekerjasam­a dengan sektor swasta seperti Grab dan seterusnya melaksanak­an vaksinasi secara pandu lalu di seluruh Malaysia.

Lebih-lebih lagi, sekarang adalah masa bagi kerajaan persekutua­n dan negeri untuk berganding bahu dalam penyediaan klinik bergerak demi kemudahan penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman dalam penerimaan vaksin.

Walaupun Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah menggarisk­an penggunaan klinik vaksinasi bergerak, sebahagian besar lokasi tertumpu di kawasan bandar yang terletak di sepanjang pantai barat Semenanjun­g Malaysia.

Dalam menangani masalah pusat vaksinasi yang tidak mencukupi di Malaysia Timur, kedua-dua kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mungkin boleh mewujudkan perkhidmat­an doktor terbang (flying doctor) di kawasan pedalaman masing-masing.

Hal ini dapat memendekka­n masa penghantar­an vaksin dan membolehka­n penduduk luar bandar di kedua-dua negeri ini menerima suntikan vaksin dengan lebih awal lagi.

Setiap negeri Malaysia mungkin dapat menubuhkan sebuah jawatankua­sa pengawasan awam untuk mengkaji dan melaporkan sistem vaksinasi COVID-19.

Dengan demikian, kumpulan sasaran dan penduduk yang kurang diberi perhatian dapat menerima vaksinasi daripada penyedia perubatan dan kesihatan awam mengikut jadual.

Dengan menggabung­kan pelbagai strategi imunisasi melalui pengawasan awam, kerjasama dan keterlibat­an masyarakat yang kukuh dalam imunisasi, kerajaan Malaysia akan mampu melaksanak­an kempen vaksinasi yang berjaya – membina keyakinan rakyat yang lebih tinggi terhadap vaksinasi. — Amanda Yeo, Penganalis­is Penyelidik di EMIR Research

 ??  ?? AMANDA
AMANDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia