Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin masyarakat diberi kursus

Untuk mantapkan perkhidmat­an membantu rakyat akar umbi, kata Isnin

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Pemimpin masyarakat khususnya ketua adat di negeri ini akan diberikan kursus bagi memastikan mereka dapat melaksanak­an tugas dengan lebih baik sekali gus memantapka­n perkhidmat­an mereka kepada rakyat.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih berkata, ia bagi memastikan mereka terutama pemimpin adat bukan sahaja dapat menjalanka­n tugas dengan baik tetapi juga mampu membuat keputusan sewajarnya dalam menyelesai­kan sebarang masalah berkaitan.

Beliau berkata, penting bagi membolehka­n mereka mengambil tindakan yang wajar dalam menyelesai­kan perkara-perkara berkaitan di samping sebagai panduan untuk mereka menjalanka­n tugas dengan lebih cemerlang.

“Kita bercadang untuk memberikan kursus yang berkaitan sebagai panduan kepada mereka untuk menjalanka­n tugas selain memastikan mereka dapat membuat keputusan tepat di samping mampu mengendali­kan keskes dan pelbagai hal dengan seadilnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an watikah pelantikan kepada pemimpin masyarakat dalam satu majlis yang diadakan di salah sebuah hotel dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pengarah Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Sabah Datuk Matbali Musah dan Pegawai Daerah Beaufort Abdul Imam Basirun.

Seramai 32 Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK), 22 Ketua Kampung dan lima Ketua Masyarakat Cina menerima watikah pelantikan daripada Isnin sempena majlis itu.

Dalam perkembang­an berkaitan, Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Klias mengingatk­an pemimpin masyarakat supaya bersama membantu kerajaan dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Katanya, pemimpin masyarakat perlu memastikan rakyat di kawasan masing-masing mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan memandang kerajaan telah memberi kebenaran untuk mengadakan majlis dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

Justeru beliau berharap pemimpin masyarakat dapat memainkan peranan masingmasi­ng dalam memastikan rakyat mematuhi SOP sekaligus mengekalka­n Beaufort sebagai zon hijau bagi kes COVID-19.

 ??  ?? WATIKAH: Isnin (dua kiri) menyampaik­an watikah pelantikan kepada salah seorang pemimpin masyarakat.
WATIKAH: Isnin (dua kiri) menyampaik­an watikah pelantikan kepada salah seorang pemimpin masyarakat.
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Isnin (kiri) berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis itu.
SIDANG MEDIA: Isnin (kiri) berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia