Utusan Borneo (Sabah)

ARMADA Beaufort akan terus santuni rakyat

- Oleh Kenneddy Corlleus

KUALA PENYU: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU Bahagian Beaufort akan terus melaksanak­an program bagi menyantuni rakyat di peringkat akar umbi bagi memastikan golongan sasar mendapat pembelaan sewajarnya.

Ketuanya Mohd Shahril Osin berkata, ahli dan barisan pimpinanny­a akan terus giat turun padang menemui rakyat terutama mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan termasukla­h yang ditimpa musibah bagi meringanka­n beban yang dihadapi.

Jelasnya, pendekatan ini merupakan satu usaha bagi membantugo­longansasa­rdan pada masa sama mendekati rakyat selain mengenalpa­sti sebarang keperluan termasukla­h masalah mereka untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pihaknya giat menyantuni rakyat dan pada masa sama turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi membantu memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Terbaharu, Shahril bersama barisan kepimpinan ARMADA BERSATU Beaufort telah menyampaik­an bantuan kepada sebuah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Tidong, Kuala Penyu.

Bantuan itu disampaika­n kepada Ukim Maigong bagi meringanka­n beban beliau dan sekeluarga atas musibah itu dan berharap mereka terus tabah dan cekal atas kejadian yang menimpa itu.

Dalam pada itu, Shahril turut mengingatk­an orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengekalka­n status Beaufort sebagai zon hijau COVID-19.

Katanya, masyarakat Beaufort wajar dipuji kerana patuh terhadap SOP namun berharap rakyat akan terus kekal berdisipli­n sepanjang masa memandangk­an keadaan belum lagi pulih sepenuhnya.

Justeru, SOP sedia ada ketika ini haruslah dipatuhi bagi memastikan tidak ada kes-kes baru dalam tempoh PKPP agar usaha memulihkan keadaan serta ekonomi dapat dibangun seterusnya memberi manfaat kepada semua pihak terlibat.

 ??  ?? PRIHATIN: Rombongan ARMADA Beaufort yang disertai Shahril (empat kiri) menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran dalam program Ziarah Prihatin mereka.
PRIHATIN: Rombongan ARMADA Beaufort yang disertai Shahril (empat kiri) menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran dalam program Ziarah Prihatin mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia