Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan di pedalaman perlu diperkasa

Bagi memastikan hala tuju ‘Sabah Maju Jaya’ dapat direalisas­ikan

-

KOTA BELUD: Pendidikan khususnya di kawasan pedalaman perlu diperkasa bagi memastikan hala tuju ‘Sabah Maju Jaya’ dapat direalisas­ikan.

Menurut Menteri TugasTugas Khas Datuk Ariffin Mohd Arif, aspek pendidikan di negeri ini terutama di kawasan pedalaman memerlukan perancanga­n yang teliti dan sesuai dengan hala tuju yang digagaskan oleh Ketua Menteri.

“Hala tuju ‘Sabah Maju Jaya’ yang digagaskan oleh YAB Ketua Menteri menitikber­atkan modal insan dan ilmu pengetahua­n merupakan salah satu aspek dalam membina modal insan yang cemerlang.

“Bagi tujuan itu, kita telah mengenal pasti keperluan dari sudut tenaga pengajar, prasarana pendidikan serta beberapa keperluan lain yang perlu diberi perhatian khusus menerusi siri lawatan kerja ini.

“Selain itu, kita juga berhasrat mewujudkan jalinan dengan masyarakat, sekali gus mendengar keperluan mereka dan menyampaik­an bantuan zakat untuk bersama-sama kita memperkasa­kan sektor pendidikan di Sabah,” katanya kepada media di Pulau Mantanani yang menjadi lokasi ke-26 lawatan berkenaan.

Arifin yang juga Exco Pendidikan berkata, lawatan ke Pulau Banggi dan Pulau Mantanani itu turut menjadi wadah untuk rakyat berkomunik­asi secara terus dengan pemimpin agar setiap keperluan rakyat yang menjadi tanggungja­wab kerajaan dapat dipenuhi.

Beliau ditemui media selepas menyampaik­an sumbangan kepada Ketua Kampung Pulau Mantanani, Rosmin

Amsir dalam Program Walkabout Menteri (Wam2Care).

Dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Pantai Barat Utara, Arifin menyampaik­an sumbangan berjumlah RM391,000 kepada agensiagen­si terbabit iaitu Pejabat

Pendidikan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah, masjid, rumah anak yatim dan insitusi pendidikan. — Penerangan

SANTUNI: Arifin (dua kiri) menyantuni masyarakat peniaga di Pulau Banggi.

 ??  ?? UNTUK MASJID: Arifin (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Masjid Kerakit Pulau Banggi.
UNTUK MASJID: Arifin (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Masjid Kerakit Pulau Banggi.
 ??  ?? BAKUL MAKANAN: Arifin (tengah) menyampaik­an bantuan bakul makanan kepada penduduk di Pulau Mantanani.
BAKUL MAKANAN: Arifin (tengah) menyampaik­an bantuan bakul makanan kepada penduduk di Pulau Mantanani.
 ??  ?? IKHLAS: Arifin (dua kanan) menyampaik­an replika cek kepada wakil IPD Kudat.
IKHLAS: Arifin (dua kanan) menyampaik­an replika cek kepada wakil IPD Kudat.
 ??  ?? SUMBANGAN: Arifin (tengah) menyampaik­an sumbangan bernilai RM36,000 kepada Sekolah Agama Negeri Pekan Kudat.
SUMBANGAN: Arifin (tengah) menyampaik­an sumbangan bernilai RM36,000 kepada Sekolah Agama Negeri Pekan Kudat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia