Utusan Borneo (Sabah)

Platform Kumpulan Sokongan Bekas Pesakit COVID-19 Sibu dibentuk

-

SIBU: Satu platform diberi nama Kumpulan Sokongan Bekas Pesakit COVID-19 Sibu dibentuk untuk memberi sokongan kepada keluarga dan bekas pesakit COVID-19 di Sibu.

Selaku peneraju platform itu, Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Annuar Rapaee beranggapa­n penubuhann­ya tepat pada masanya berikutan jumlah kes positif COVID-19 di Sibu mencecah 4,584.

Beliau yang juga penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata, kumpulan sokongan itu terdiri daripada sukarelawa­n, pegawai perubatan, psikologi dan bekas pesakit COVID-19.

“Sebenarnya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menekankan pentingnya membentuk kumpulan sokongan seperti itu,” katanya sambil menyeru semua mangsa pulih daripada COVID-19 menyertai kumpulan tersebut.

“Bekas pesakit COVID19 yang telah pulih di Sibu digalakkan menyertai kami dan borang disediakan dalam talian tidak lama lagi,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, kumpulan sokongan itu berfungsi sebagai landasan mangsa COVID-19 berkumpul dan berkongsi pengalaman perkara-perkara seperti mengatasi keletihan mental ketika menjalani rawatan.

“Selain itu, ini juga berfungsi mencari cara menolong mangsa pulih dan keluarga mereka kembali ke kehidupan normal secepat mungkin.

“Kami juga akan berusaha membantu dari segi keperluan kebajikan,” katanya.

Dr Annuar berkata, bantuan itu juga merangkumi sokongan dan bimbingan psikologi keluarga mengatasi traumadanm­embantuman­gsa selamat COVID-19 dari segi pemantauan kesihatan.

“Saya berharap dengan penubuhan kumpulan sokongan seperti itu, bekas pesakit memiliki landasan sekiranya mereka memerlukan bantuan pada masa depan,” jelasnya.

 ??  ?? DR ANNUAR
DR ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia