Utusan Borneo (Sabah)

Pengisytih­aran keluar PKR, sokong PN langkah berani, senada aspirasi rakyat

-

Pengisytih­aran tiga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Ahli Parlimen bebas untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan langkah berani dan senada dengan aspirasi rakyat yang mahukan sebuah kerajaan berfungsi sepenuhnya dan stabil, menurut 10 bekas Ahli Parlimen PKR dalam satu kenyataan bersama semalam.

Jelas mereka, ia merupakan perkembang­an progresif yang terbit daripada keyakinan tiga Ahli Parlimen tersebut terhadap pengendali­an kerajaan PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani pandemik COVID-19 dan langkah-langkah proaktif, tegas serta tepat untuk melaksanak­an usaha mencergask­an ekonomi dan memastikan pemulihan yang berterusan.

“Kami sebulat suara mengalu-alukan anjakan politik yang dinamik dilakukan YB Larry Sng (Julau), YB Steven Choong (Tebrau) dan YB Datuk Dr Xavier Jayakumar (Kuala Langat),” ujar mereka.

Sepuluh Ahli Parlimen yang mengeluark­an kenyataan tersebut adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Datuk Kamarudin Jaffar, Datuk Dr Mansor Othman, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, Datuk Ali Biju, Datuk Willie Mongin dan Jonathan Yasin.

Kenyataan tersebut turut menjelaska­n bahawa keputusan ketiga-tiga ahli yang meninggalk­an PKR juga didorong oleh rasa kecewa yang mendalam terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa amalan politik pecah belah, nepotisme dan kronisme hingga menjerumus­kan parti itu ke jurang kehancuran.

Sepuluh Ahli Parlimen tersebut juga menyeru para pemimpin dan anggota PKR untuk bukan sekadar merenungka­n keputusan terbaharu yang diambil oleh ketiga-tiga Ahli Parlimen itu, tetapi juga melihat kepada isu yang lebih serius mengapa begitu ramai pemimpin tertinggi PKR dan anggota lama berkhidmat telah keluar parti.

“PKR, di bawah pimpinan dan kerangka sekarang, tidak lagi mampu memperjuan­gkan prinsip keadilan dan kesejahter­aan bagi rakyat.

“PKR telah kehilangan idealisme dan tergelinci­r dari landasan perjuangan akibat nafsu untuk memegang kuasa dan cita-cita seseorang lelaki itu untuk menjadi Perdana Menteri,” jelas mereka lagi.

Kesemua 10 Ahli Parlimen tersebut turut menyentuh mengenai Setiausaha Agong PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution yang begitu keras memimpin serangan ganas terhadap ketiga-tiga Ahli Parlimen itu dan mereka seterusnya menyatakan beliau tidak memiliki kedudukan moral untuk menjuarai hujah berhubung melompat parti.

“Berbanding YB Datuk Dr Xavier yang merupakan Naib Presiden PKR terpilih, kedudukan Saifuddin dalam parti adalah lemah kerana hanya sebagai seorang yang dilantik.

“Saifuddin tidak mempunyai legitimasi dan keabsahan dan kita fahami dia bersuara bagi pihak Anwar dalam situasi begini,” kata mereka dalam kenyataan bersama.

Mereka turut mempersoal­kan mengenai sekiranya Saifuddin jujur dan ikhlas tentang kedaulatan undangunda­ng dan perjuangan melawan rasuah, mengapa beliau terus menerus diam membisu tentang kes rasuah melibatkan seorang tokoh ternama kepimpinan PH yang tiba-tiba digugurkan tatkala perbicaraa­n sedang berjalan lancar.

“Malah, tuduhan bahawa PN menggunaka­n sogokan dan ugutan untuk meraih sokongan Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) adalah tidak berasas sama sekali.

“Ahli-Ahli Parlimen ini melakukan penilaian objektif dan menyedari bahawa kerajaan PN telah mengambil tindakan yang bertanggun­gjawab dalam menangani wabak tersebut dengan menyalurka­n sejumlah RM320 bilion untuk kepentinga­n rakyat dan mencergask­an ekonomi,” ujar mereka.

Tuduhan-tuduhan ini jelas mereka, merupakan serangan terhadap integriti Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) dan polis.

“Justeru, kami memandang serius tuduhan menghasut secara terang-terang ini yang boleh menjejaska­n kredibilit­i institusi penguatkua­saan dan meminta tindakan undangunda­ng segera terhadap mereka,” tegas 10 Ahli Parlimen tersebut.

Malah, mereka juga menyedari bahawa walaupun pahit tetapi hakikatnya kepimpinan Anwar Ibrahim ditolak sebahagian besar anggota partinya sendiri kerana PKR telah kehilangan idealism dan tergelinci­r dari landasan perjuangan.

“Ini sangat malang kerana kita tahu bahawa ada pemimpin dan anggota PKR yang berpegang teguh kepada prinsip dan idealisme telah disisihkan bahkan menjadi mangsa kuasa di tangan presiden.

“Sepatutnya mereka perlu tabah dalam perjuangan untuk terus mencapai cita-cita murni tetapi perakus dan pengkhiana­t telah merampas agenda reformasi untuk kepentinga­n diri, keluarga dan kroni mereka,” tambah mereka.

Kesemua Ahli Parlimen tersebut menegaskan bahawa kini adalah masanya untuk bertindak tegas.

“Marilah kita bersamasam­a menggerakk­an dan maju dengan PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan terus maju dalam kekuatan, perpaduan dan keyakinan untuk kesejahter­aan dan kejayaan rakyat dan negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia