Utusan Borneo (Sabah)

37 orang derma darah pada Kempen Derma Darah

-

Seramai 37 orang telah menyertai dan menderma darah pada Kempen Derma Darah anjuran Pertubuhan Pemulihara­an Hayat Sarikei, semalam.

Program ini turut dijayakan bersama Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) Cabang Sarikei dan Unit Tabung Darah Hospital Sarikei.

Aktiviti berkenaan telah diadakan di Dewan Suarah Sarikei.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing yang juga pengerusi PBSM Cabang Sarikei yang turut hadir memberi sokongan kepada program terbabit berkata, program itu juga merupakan salah satu usaha yang positif untuk memberi pendedahan kepada masyarakat untuk menyemai sikap menyayangi orang lain menerusi konsep menderma. Katanya, program itu adalah tanggungja­wab sosial semua pihak yang terbabit kepada pihak yang memerlukan sumbangan.

“Kita berharap pada penganjura­n masa akan datang lebih banyak penderma darah tampil menghulurk­an sumbangan masing-masing.

“Kita harus sedar bahawa setiap titik darah yang disumbangk­an oleh kita itu amat bermakna sekali, khususnya bagi golongan yang memerlukan darah ketika saat-saat kecemasan.

“Menderma darah adalah sikap yang terpuji dan banyak manfaat, baik kepada diri sendiri mahupun golongan yang memerlukan sumbangan tersebut,” katanya kepada media sebaik sahaja selesai menghadiri program tersebut semalam.

Menurut Ding, usaha, kempen dan penganjura­n derma darah wajar dipergiatk­an pada setiap masa, memandangk­an hospital dan tabung darah negara sering mengalami kekurangan bekalan darah.

Jesteru kata Ding lagi, penganjura­n program menderma darah adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk meningkatk­an kualiti hidup rakyat.

Kesemua darah yang telah berjaya dikutip pada kempen ini telah disumbangk­an kepada Unit Tabung Darah Hospital Sarikei.

Sementara itu, kesemua pada penderma yang telah turut sama dalam menjayakan program ini turut mendapat sumbangan berupa lima kilogram beras daripada pihak penganjur sebagai tanda penghargaa­n.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Pemulihara­an Hayat Sarikei Wong Chin Ngie.

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Kempen Derma Darah anjuran Pertubuhan Pemulihara­an Hayat Sarikei telah diadakan di Dewan Suarah Sarikei semalam.
TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Kempen Derma Darah anjuran Pertubuhan Pemulihara­an Hayat Sarikei telah diadakan di Dewan Suarah Sarikei semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia