Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Pengilang Sarawak gesa isu sosial impak pandemik COVID-19 ditangani segera

-

KUCHING: Kerajaan dan agensi-agensi berkaitan diminta lebih peka dengan isu sosial yang berlaku ekoran impak pandemik COVID19.

Presiden Persatuan Pengilang Sarawak (SMA) Joseph Lau Ka Hoo berkata, krisis ekonomi yang berlaku ketika ini menyebabka­n ramai hilang pekerjaan selain timbulnya isu-isu psikososia­l.

Beliau berkata keadaan itu telah menyebabka­n peningkata­n kes penyalahgu­naan dadah dan jenayah hartanah seperti rompakan, kecurian, perbuatan khianat dan vandalisme.

“Masalah-masalan ini boleh memberi beban tambahan kepada komuniti peniaga yang cukup terkesan dengan pandemik COVID-19,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Lau dalam pada itu berkata SMA amat menghargai usaha-usaha kerajaan mengendali­kan pandemik COVID19 di negeri ini khasnya dan negara amnya.

Beliau berkata antara usaha yang banyak membantu industri kekal bertahan dalam waktu sukar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an di seluruh negara Mac tahun lalu adalah program subsidi upah.

“Kami teruja dan menunggu Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca-COVID19 untuk Sarawak seperti diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg baru-baru ini, dilaksanak­an seperti direncana bagi mencapai sasaran negeri maju menjelang 2030,” katanya.

Bagaimanap­un beliau berkata, kerajaan perlu melaksanak­an lebih banyak pelan pemulihan berimpak segera serta bantuan untuk membantu sektor perkilanga­n di negeri ini melonjak kembali.

Menurutnya, pelan bantuan berimpak segera itu penting bagi membantu industri melalui tempoh sukar ketika ini ekoran pandemik COVID-19.

 ??  ?? LAU
LAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia