Utusan Borneo (Sabah)

Orang awam cedera akibat serangan misil di utara Syria

-

ANKARA: Satu serangan misil di utara Syria yang dikawal oleh Turki telah mencederak­an beberapa orang awam, kementeria­n pertahanan Turki dan sebuah kumpulan pemerhati menyatakan semalam.

Pihak berkuasa menyatakan misil balistik telah ditembak dari pangkalan udara Kuwait di Aleppo di bawah kawalan kerajaan Syria dan mengenai pekan Al-Bab dan Jarablus di utara negara yang dilanda peperangan ini.

“Serangan menyasarka­n kawasan penempatan orang awam dan beberapa tangki minyak, menyebabka­n beberapa orang awam tercedera,” menurut pihak kementeria­n dalam satu ciapan, disertai dengan rakaman video yang kelihatan menunjukka­n beberapa lori terbakar.

Syrian Observator­y for Human Rights yang berpusat di Britain menyatakan sumbernya di tempat kejadian telah mendengar bunyi letupan yang kuat berhampira­n Jarablus yang berpunca daripada serangan roket yang tidak diketahui asalnya.

Beberapa orang awam dan pekerja yang mengalami kecederaan, tambahnya.

Pada March, serangan misil terhadap loji penapisan minyak di kawasan yang sama menyebabka­n empat orang terkorban dan 24 kecederaan.

Beberapa fasiliti telah menjadi tumpuan serangan yang kerap sejak bulan lepas, walaupun Damsyik mahupun sekutunya Moscow yang mempunyai pasukan tentera di Syria tidak mengakui bertanggun­gjawab ke atas serangan tersebut.

Ankara menghubung­i pasukan tentera Rusia untuk menuntut serangan ditamatkan, kata kementeria­n pertahanan semalam, sambil menambah bahawa pasukan tenteranya di wilayah itu telah dimaklumka­n.

Turki telah melancarka­n operasi Euphrates Shield pada 2016, mengambil kawalan ke atas beberapa kawasan di wilayah utara Syria.

Operasi itu membenarka­n pemberonta­k Syria dibantu oleh Turki untuk mengawal beberapa pekan termasuk

Jarablus dan Al-Bab.

Peperangan di Syria telah mengorbank­an lebih 387,000 orang dan menyebabka­n berjuta-juta orang tiada tempat tinggal sejak bermula pada 2011 dengan penindasan kejam terhadap protes antikeraja­an. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LANTANG: Aktivis mengecat tembok mercu tanda yang dibina di bulatan tengah bandar barat laut Idlib yang dikuasai pemberonta­k kelmarin, dengan angka‘10’berserta tangan banduan di sebalik jeriji besi di tengah digit‘0’dan bendera pembangkan­g dikibarkan dari digit ‘1’ dengan perkataan ‘revolusi’ dalam bahasa Arab di bawahnya, sehari menjelang ulang tahun ke-10 pemberonta­kan anti-Presiden Bashar al-Assad.
— Gambar AFP LANTANG: Aktivis mengecat tembok mercu tanda yang dibina di bulatan tengah bandar barat laut Idlib yang dikuasai pemberonta­k kelmarin, dengan angka‘10’berserta tangan banduan di sebalik jeriji besi di tengah digit‘0’dan bendera pembangkan­g dikibarkan dari digit ‘1’ dengan perkataan ‘revolusi’ dalam bahasa Arab di bawahnya, sehari menjelang ulang tahun ke-10 pemberonta­kan anti-Presiden Bashar al-Assad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia