Utusan Borneo (Sabah)

Lagu ‘Gila’ dinobatkan Juara Lagu dalam AJL35 norma baharu

-

‘Gila’ yang dinyanyika­n oleh Kaka Ashraf, Loca B dan Noki dinobatkan sebagai Juara Lagu dalam Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Auditorium MBSA Shah Alam, malam Ahad lepas. Kemenangan lagu ciptaan Ezra Kong itu melayakkan mereka membawa pulang trofi AJL35 dan hadiah wang tunai sebanyak RM50 ribu. Naib Juara yang menerima wang tunai RM35 ribu dan juga trofi milik lagu ‘Semalam’ yang dicipta dan dinyanyika­n sendiri oleh Aina Abdul manakala Tempat Ketiga dimenangi oleh lagu ‘Belenggu Rindu’ nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Wani Hasrita. Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong tersebut berjaya membawa pulang trofi dan wang tunai RM20 ribu. Ernie Zakri yang mendendang­kan lagu ‘Gundah’ ciptaan Sharon Paul dengan sepenuh emosi beliau berjaya membawa pulang trofi Vokal Terbaik dan wang tunai sebanyak RM12 ribu. Sementara pemenang Persembaha­n Terbaik yang menerima wang tunai RM12 ribu, trofi AJL35 serta baucar McDonald’s Malaysia selama setahun pula adalah milik Zizi Kirana yang menyanyika­n lagu ‘EH’. Lagu lain yang turut mara ke AJL35 adalah ‘Aku Bidadari Syurgamu’ nyanyian Aishah, ‘7 Nasihat’ (Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta), ‘Hutang’ (Floor 88), ‘Hati’ (Hael Husaini), ‘Kau Sakiti’ (Amir Masdi), ‘Jangan Khianati Aku’ (Azlan & The Typewriter), dan ‘Peluang Kedua’ (Nabila Razali). Setiap persembaha­n finalis AJL35 pada malam itu dinilai oleh sepuluh juri profesiona­l tanah air yang diketuai oleh Dato’ Mokhzani. Juri-juri lain yang turut menyokong tugas Dato’ Mokhzani adalah Azmeer, Ajai, Dato’ Syafinaz, Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco, LY, Dato’ Acis dan Lukhman S. Berlangsun­g tanpa penonton, AJL35 yang disiarkan dalam norma baharu itu menyaksika­n gandingan tiga pengacara iaitu Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari. Malam kemuncak AJL35 dimeriahka­n dengan persembaha­n pembuka tirai oleh Ella, Naim Daniel, dan Yonnyboii diikuti dengan persembaha­n lagu #BaikSemula oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju KClique. Selain itu, persembaha­n interlude AJL35 pula menampilka­n persembaha­n bertemakan ‘project band’ di mana Hujan, Hazama The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret mempertaru­hkan persembaha­n medley & ‘mash up’ lagu-lagu terbaik mereka bersama Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato Khairul Anwar Salleh dalam satu kenyataan media, “Anugerah Juara Lagu kali ini kami jadikan pemulihan sebagai hala tuju dan misi rancangan ini. “Kami juga bercadang untuk jadikan AJL35 ini satu penanda aras bagi rancangan-rancangan hiburan siaran langsung tempatan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari aspek pematuhan SOP tanpa menggadaik­an kemeriahan rancangan tersebut,” katanya. “Oleh itu, pelbagai langkah-langkah pencegahan tambahan telah kami laksanakan seperti mewajibkan ujian saringan dalam kalangan artis tempoh hari, pensanitas­i berkala pada peralatan dan lokasi, mengehadka­n jumlah artis di pentas kepada enam orang, dan banyak lagi. “Kami berharap agar para penonton bersifat lebih terbuka dan menerima AJL35 ini sebagai sebuah rancangan yang diberikan konsep baharu,” tambah beliau lagi. AJL35 menampilka­n penaja utama, McDonald’s Malaysia, “Meriahkan Anugerah Juara Lagu 35 di rumah sambil menikmati menu kegemaran anda melalui McDelivery! Bila teringin, McDelivery hantar. Senang ”. Selain itu, penaja-penaja bersama iaitu Sabella dan Celcom Xpax, “Truly Unlimited. Internet Tanpa Had, 2x lebih pantas di rangkaian yang terluas” serta Shell selaku rakan penaja. Selain itu, AJL35 turut disokong oleh rakan-rakan pemasaran, rakan radio Hot FM dan Kool FM serta rakan digital Senang Terhibur, OHBULAN! dan xtra.com.my. Dapatkan maklumat lanjut AJL35 di laman sesawang www. anugerahju­aralagu. com serta laman sosial media rasmi Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia dan Senang Terhibur. Ikuti juga trend semasa perbualan alam maya melalui #AJL35.

 ?? — Gambar TV3 ?? JUARA LAGU AJL35: Ezra Kong, Loca B, Kaka Ashraf dan Noki bergambar bersama hadiah yang dimenangi mereka selepas lagu ‘Gila’ dinobatkan sebagai Juara Lagu kelmarin.
— Gambar TV3 JUARA LAGU AJL35: Ezra Kong, Loca B, Kaka Ashraf dan Noki bergambar bersama hadiah yang dimenangi mereka selepas lagu ‘Gila’ dinobatkan sebagai Juara Lagu kelmarin.
 ??  ??
 ?? — Gambar TV3 ?? ERNIE ZAKRI: Vokal Terbaik AJL35.
— Gambar TV3 ERNIE ZAKRI: Vokal Terbaik AJL35.
 ?? — Gambar TV3 ?? ZIZI KIRANA: Persembaha­n Terbaik AJL35.
— Gambar TV3 ZIZI KIRANA: Persembaha­n Terbaik AJL35.
 ?? — Gambar TV3 ?? NO.3: ‘Belenggu Rindu’ nyanyian Jamal Abdillah dan Wani Hasrita menduduki tempat ketiga. Turut kelihatan Hael Husaini dan Ezra Kong.
— Gambar TV3 NO.3: ‘Belenggu Rindu’ nyanyian Jamal Abdillah dan Wani Hasrita menduduki tempat ketiga. Turut kelihatan Hael Husaini dan Ezra Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia