Utusan Borneo (Sabah)

Lepas suspek Macau Scam: Empat termasuk kakitangan JIM ditahan Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan empat pegawai polis

-

Secara jujurnya saya sangat kecewa dengan kejadian itu dan sebaik dimaklumka­n suspek tidak sampai (kepada JIM), saya terus arahkan pasukan khas JSJ untuk menjalanka­n siasatan secara terperinci dan saya juga beri jaminan kes tersebut dijalankan secara telus serta adil, tanpa melindungi manamana pihak. Datuk Sahabudin Abd Manan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan tiga orang awam dan seorang kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), bagi membantu siasatan berhubung kes sekumpulan pegawai polis yang melepaskan suspek Macau Scam, bulan lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, empat lelaki itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang baru-baru ini, dan dipercayai mereka mempunyai kaitan dengan empat pegawai polis yang ditahan terlibat dalam kes tersebut.

“Selain empat pegawai polis iaitu masing-masing dua berpangkat Inspektor ditahan 12 Februari dan dua ASP yang ditahan 15 Februari lalu, kami turut menahan empat lelaki berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes membebaska­n 11 suspek Macau Scam warga China.

“Empat pegawai polis itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, mereka kini masih bertugas di situ namun di bawah pemantauan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, saya juga telah mengesyork­an semua mereka (pegawai polis) ditukarkan ke bahagian lain yang tiada berkaitan dengan operasi serta siasatan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya siasatan kes itu yang dijalankan oleh pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang hampir siap, dan pihaknya ketika ini sedang menunggu mendapatka­n beberapa laporan kimia berhubung kes tersebut, sebelum menghantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

Sahabudin berkata siasatan kes itu dijalankan menurut Seksyen 217 Kanun Keseksaan.

Katanya semua lapan lelaki berusia 20 hingga 60-an termasuk empat pegawai polis itu, dibebaskan dengan jaminan polis sementara pihaknya melengkapk­an kertas siasatan.

“Secara jujurnya saya sangat kecewa dengan kejadian itu dan sebaik dimaklumka­n suspek tidak sampai (kepada JIM), saya terus arahkan pasukan khas JSJ untuk menjalanka­n siasatan secara terperinci dan saya juga beri jaminan kes tersebut dijalankan secara telus serta adil, tanpa melindungi manamana pihak,” katanya.

Semalam Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zamri Yahya dilaporkan sebagai berkata, seramai 11 tahanan Macau Scam berkenaan dikatakan diserahkan kepada seorang ‘pegawai’ JIM, untuk dihantar ke depoh tahanan tetapi tidak dihantar seperti sepatutnya.

Siasatan setakat ini mendapati, terdapat pelanggara­n serius kepada prosedur operasi standard (SOP) pegawai polis, dalam pengendali­an serta penyerahan semua 11 suspek Macau Scam dan JIPS akan mengesyork­an, supaya pegawai terbabit ditahan kerja untuk membolehka­n siasatan yang lebih terperinci dijalankan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Sahabudin mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, dekat George Town semalam.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Sahabudin mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, dekat George Town semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia