Utusan Borneo (Sabah)

Pengguna di Malaysia belum benar-benar praktik hak mereka

-

PUTRAJAYA: Indeks Pendayaupa­yaan Pengguna di negara ini berada pada tahap sederhana iaitu 63.1 peratus, yang menunjukka­n pengguna di Malaysia masih belum benar-benar menghayati dan mempraktik­kan hak mereka, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Berucap sempena Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia dan Hari Pengguna Kebangsaan 2021 semalam, beliau berkata kementeria­n akan terus merangka program advokasi di setiap peringkat masyarakat bagi menangani isu kepengguna­an semasa.

“Usaha ini akan sentiasa menjadi antara keutamaan kementeria­n dalam melaksanak­an strategi lebih berkesan yang dapat memberi kuasa kepada pengguna untuk menyesuaik­an diri dengan cara hidup yang lebih lestari serta dapat menangani isu kepengguna­an yang secara langsung mempengaru­hi kehidupan seharian mereka,” katanya ketika menyampaik­an ucapan itu secara maya.

Berkongsi beberapa program yang dijalankan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Nanta berkata ia merupakan langkah proaktif kementeria­n dalam memastikan hakhak pengguna terpelihar­a.

Menurutnya, aplikasi Price Catcher dibangunka­n bagi memudahkan pengguna membuat perbanding­an harga manakala aplikasi MySales Tracker pula membolehka­n pengguna membuat semakan aktiviti jualan murah di kawasan berhampira­n mereka.

KPDNHEP juga menyediaka­n sembilan saluran aduan untuk pengguna menyalurka­n sebarang isu berkaitan kepengguna­an, katanya.

Mengenai Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang merupakan platform alternatif untuk pengguna menfailkan tuntutan tebus rugi bagi pembelian barang dan perkhidmat­an, Nanta berkata sebanyak 32,550 kes pemfailan direkodkan dari 2015 hingga Februari lepas, melibatkan jumlah tuntutan sebanyak RM176.03 juta.

Nanta dalam pada itu berkata tahun ini, buat julung kalinya negara menyambut Hari Pengguna Kebangsaan serentak dengan Hari HakHak Pengguna Sedunia iaitu pada 15 Mac.

Dengan tema ‘Menangani Pencemaran Plastik’ yang dipilih untuk Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia tahun ini, Nanta berkata isu pencemaran merupakan antara cabaran terbesar yang dihadapi pada masa ini ekoran pengurusan bahan buangan yang tidak berhemah.

Menurutnya kajian World Wide Fund for Nature (WWF) pada 2019, menunjukka­n bahawa Malaysia adalah antara negara tertinggi di Asia menggunaka­n plastik dengan purata penggunaan setiap individu ialah 16.78kg setahun berbanding China, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam. — Bernama

 ??  ?? NANTA
NANTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia