Utusan Borneo (Sabah)

PDRM sasar 20-30% pengambila­n bukan Bumiputera, Orang Asli

Membentuk pasukan yang lebih dinamik, atasi masalah komunikasi

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyasarka­n 20 hingga 30 peratus jumlah keanggotaa­n daripada kalangan bukan Bumiputera serta Orang Asli untuk membentuk satu pasukan yang lebih dinamik dalam usaha menegakkan undang-undang dan menjaga keselamata­n negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pengambila­n lebih ramai bukan Bumiputera dan Orang Asli penting kerana ia akan mengatasi masalah komunikasi bagi menyelesai­kan pelbagai kes yang dikendalik­an pasukan polis.

“Saya takut nanti keanggotaa­n dalam PDRM terdiri daripada 95 peratus Bumiputera termasuk Sabah dan Sarawak, perkara itu nanti tidak nampak cantik dan harapan tinggi tidak boleh diletakkan kepada kami untuk bergerak sebagai sebuah pasukan yang dinamik.

“Mungkin 20 peratus atau 30 peratus mengikut komposisin­ya. Saya mengalu-ngalukan (keanggotaa­n bukan Bumiputera) sebab lagi bertambah kepelbagai­an keanggotaa­n dalam PDRM lagi cepat kita dapat bergerak, tiada halangan dalam komunikasi,” katanya semasa ditemu bual Bernama di sini semalam.

Menjelaska­n mengenai jurang peratusan kaum itu, Abdul Hamid berkata setakat ini sejumlah 1.9 peratus kaum Cina dan tiga peratus kaum India menganggot­ai PDRM daripada kira-kira 123,000 pegawai dan anggota polis seluruh negara manakala jumlah keanggotaa­n dalam kalangan Orang Asli dilihat semakin berkuranga­n.

Ketua Polis Negara berkata dalam usaha menegakkan undang-undang dan menjaga keselamata­n negara PDRM memerlukan pengorbana­n, sumbangan dan penyertaan dari setiap kaum, dan menurutnya pihaknya menghadapi masalah mendapatka­n tenaga kerja dalam kalangan bukan bumiputera sejak tahun 2010 lagi.

Menyedari ketandusan kaum bukan bumiputera dalam pasukan itu, beliau berkata PDRM telah mengadakan perbincang­an dengan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

“Kita telah buat beberapa syor dan berbincang dengan pihak JPA. Selepas sekian lama dan banyak kali berunding, JPA merumuskan bahawa ia boleh melonggark­an syarat, tetapi mengenakan pula syarat-syarat lain.

“Syarat kemasukan itu dilonggark­an tetapi selepas menyertai latihan mereka akan dikenakan syarat lain yang ketat iaitu dalam tempoh enam tahun masuk polis mereka wajib lulus peperiksaa­n seperti yang dikehendak­i,” katanya.

PDRM sebelum ini membuka pengambila­n khas bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 melibatkan bukan bumiputera serta jawatan Konstabel Orang Asli Gred YP1.

Pengambila­n khas bukan bumiputera memberikan kelonggara­n kepada mana-mana individu tidak memperoleh­i kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaa­n Sijil Peperiksaa­n Malaysia (SPM) untuk memohon, dan selepas diterima, dalam tempoh enam tahun kemudianny­a mereka mesti lulus, dan meningkatk­an komunikasi serta pemahaman dalam Bahasa Melayu.

Hamid berkata pemohon yang layak akan melalui pelbagai fasa latihan bersama anggota serta pegawai selain berinterak­si sesama mereka dalam Bahasa Melayu, dan ini pasti akan memberikan mereka pendedahan penuh kepada Bahasa Melayu, sekali gus menjadikan mereka mampu lulus mata pelajaran terbabit dalam tempoh enam tahun itu.

Bagi pengambila­n Orang Asli pula, Abdul Hamid berkata pihaknya juga membuat rayuan kepada JPA supaya melonggark­an syarat berhubung tahap ketinggian mereka.

“Saya minta tahap ketinggian mereka diturunkan lagi (untuk diterima) dan pihak JPA ketika ini berkata perkara itu akan dipertimba­ngkan, tetapi berhubung penyertaan bukan bumiputera dalam PDRM, JPA telah buat keputusan.

“Saya akan pastikan bahawa dalam tempoh enam tahun itu sistem pemantauan akan dibangunka­n supaya mereka ini benar-benar mematuhi syarat-syarat JPA, enam tahum mereka mesti lulus, mereka kena berusaha,” tegasnya. — Bernama

Saya mengalunga­lukan (keanggotaa­n bukan Bumiputera) sebab lagi bertambah kepelbagai­an keanggotaa­n dalam PDRM lagi cepat kita dapat bergerak, tiada halangan dalam komunikasi. Tan Sri Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara

 ??  ?? BERSAMA MEDIA: Abdul Hamid ketika ditemubual bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di Wisma BERNAMA di Kuala Lumpur semalam.
BERSAMA MEDIA: Abdul Hamid ketika ditemubual bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di Wisma BERNAMA di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia