Utusan Borneo (Sabah)

PERKIS anjur Forum Khas Israk Mikraj

Usaha sebar dakwah Islamiah harus ikhlas dan bersungguh-sungguh

- Oleh Abd Naddin Haji Shaiddin

PERISTIWA Israk Mikraj yang diperingat­i umat Islam setiap tahun memberikan banyak makna dan pengajaran yang sangat signifikan dalam usaha meningkatk­an pemantapan iman dan takwa.

Setiap muslim perlu menghayati peristiwa Israk Mikraj Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Masjidil Aqsa seterusnya ke Sidratul Muntaha untuk menerima perintah Allah agar umatnya menunaikan solat dan melaksanak­an segala perintahNy­a.

Semakin dihayati semakin banyak makna yang diperolehi. Peristiwa Israk Mikraj itu disorot dalam Forum Khas Israk Mikraj dan Masjid: Bersatu Membangun Ummah yang diadakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu pada Sabtu lepas.

Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sabah, Amanah Ikhtiar Malaysia, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) itu dihadiri kira-kira 100 peserta di sekitar ibu negeri, dengan SOP yang ketat.

Peserta juga diberikan pemahaman bagaimana peristiwa Israk Mikraj itu sangat signifikan dengan fungsi masjid dan relevan dengan perpaduan umat Islam dan pembanguna­n ummah dari pelbagai aspek.

Ketika merasmikan program itu, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah Ir Shahelmey Yahya mengalu-alukan semangat kerjasama dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dalam mengangkat syiar Islam dan menggesa kolaborati­f seperti itu dapat diteruskan.

Beliau juga mengucapka­n tahniah kepada PERKIS di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan jawatankua­sanya kerana berjaya menganjurk­an program seumpama itu buat pertama kalinya.

Katanya, PERKIS mampu memainkan peranan dalam dakwah Islamiah tetapi beliau menekankan betapa perlunya kerjasama dan kolaborati­f bersepadu dan terpimpin dalam kalangan semua pihak terutamany­a ketika berdepan serangan pandemik.

“Pendekatan sistematik dan holistik perlu dilakukan kerana usaha meningkatk­an syiar Islam tidak mungkin boleh dibuat hanya oleh suatu kelompok sahaja,” katanya sambil menambah kemuliaan suatu bangsa atau individu dilihat bukan pada warna kulit tetapi kepada iman dan takwa.

Usaha menyebarka­n dakwah Islamiah haruslah dilaksanak­an dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, semangat saling bekerjasam­a serta bersatu tanpa mengira ras dan kaum perlu dipertingk­atkan lagi.

Menurutnya, pendekatan Fiqh Sabahi adalah sesuai dengan kepelbagai­an masyarakat Sabah yang mengamalka­n pendekatan harmoni.

Shahelmey juga sempat menceritak­an pengalaman ketika mengerjaka­n ibadah haji pada 2013 di mana antara inti pati khutbah yang disampaika­n di Arafah ialah perintah Allah agar umat Islam mendirikan solat kerana solat adalah tiang agama.

Beliau berkata, banyak program yang tergendala akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lalu.

Penularan wabak tidak membolehka­n kita untuk duduk berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa.

Carilah hikmah di sebaliknya dan sentiasa berfikiran positif.

Sementara itu, Presiden PERKIS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dalam ucapannya berkata, dalam konteks penyatuan ummah Islam khasnya di Sabah, yang baru ditubuhkan pada 21 Februari 2020, bertekad untuk berganding bahu dan mengadakan kerjasama strategik dengan mana-mana NGO Islam yang mempunyai objektif yang sama dengan PERKIS.

“Walaupun kita masih berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) sejak tahun 2020, PERKIS sempat melaksanak­an beberapa aktivti sumbangan dengan pematuhan SOP yang ketat.

“Selari dengan tema forum, saya berharap PERKIS dan NGO Islam lain dapat bekerjasam­a melaksanak­an aktiviti-aktiviti yang memberi kebaikan dan pembanguna­n ummah dari aspek pembanguna­n ekonomi, perpaduan, pendidikan dan dakwah.

“Kita disarankan oleh Allah S.W.T agar saling menolong atau bekerjasam­a dalam perkara-perkara yang membawa kebaikan dan ketakwaan serta dilarang tolong menolong dalam perkara-perkara yang membawa dosa atau maksiat dan permusuhan atau penceroboh­an,” katanya.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Presiden 1 Ustaz Haji Abd Sani Marif.

Sementara itu, dalam Forum Khas Israk Mikraj dan Masjid yang dipengerus­ikan Datuk Haji Jalidar Abdul Rahim selaku moderator, dua ahli panel terkenal, Ustaz Dr Sarip Adul dan Datuk Haji Abdul Manap Lakariba mengupas mengenai peristiwa Israk Mikraj itu untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat agar lebih memahami makna di sebalik peristiwa itu.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankua­sa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) Datuk Haji Jamal Haji Sakaran dan ahli jawatankua­sanya, Timbalan Presiden II PERKIS Datuk Haji Ahmad Lakim, Naib Presiden 1 PERKIS Datuk Ustaz Haji Jalidar Abdul Rahim selaku Ketua Syubah Dakwah PERKIS, merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Forum Khas, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah Haji Samin Ongki, peguam Datuk Haji Mohd Ainal Fattah, seorang dermawan dan kenamaan lain.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Abd Sani menyampaik­an cenderamat­a kepada Shahelmey sambil disaksikan hadirin lain.
PENGHARGAA­N: Abd Sani menyampaik­an cenderamat­a kepada Shahelmey sambil disaksikan hadirin lain.
 ??  ?? DAPAT SAMBUTAN: Antara hadirin yang hadir dalam Forum Khas Israk Mikraj dan Masjid: Bersatu Membangun Ummah.
DAPAT SAMBUTAN: Antara hadirin yang hadir dalam Forum Khas Israk Mikraj dan Masjid: Bersatu Membangun Ummah.
 ??  ?? MAIN PERANAN: Ustaz Ismail Dua, Datuk Ahmad Lakim, Haji Jusih, Ustaz Haji Abd Sani yang turut memain peranan dalam majlis itu.
MAIN PERANAN: Ustaz Ismail Dua, Datuk Ahmad Lakim, Haji Jusih, Ustaz Haji Abd Sani yang turut memain peranan dalam majlis itu.
 ??  ?? TEMURAMAH: Shahelmey ditemu ramah media selepas majlis perasmian program.
TEMURAMAH: Shahelmey ditemu ramah media selepas majlis perasmian program.
 ??  ?? FORUM KHAS: Ahli panel Ustaz Dr Sarip Adul dan Datuk Abdul Manap Lakariba dalam forum yang dipengerus­ikan Datuk Haji Jalidar Abdul Rahim.
FORUM KHAS: Ahli panel Ustaz Dr Sarip Adul dan Datuk Abdul Manap Lakariba dalam forum yang dipengerus­ikan Datuk Haji Jalidar Abdul Rahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia