Utusan Borneo (Sabah)

330 barisan hadapan terima vaksin fasa pertama peringkat Daerah Beluran

-

330 kalangan barisan hadapan tersenarai menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada majlis pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Beluran yang berlangsun­g di Dewan Serbaguna Beluran kelmarin.

Hadir sama menerima suntikan termasukla­h Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk Samad Jambri@Jamri, Pegawai Daerah Beluran Nordin Daling serta ketua-ketua jabatan yang tersenarai sebagai barisan hadapan peringkat daerah.

Terdahulu Samad dalam ucapan pelancaran program berkata, Program

Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Beluran merupakan program fasa pertama tertumpu kepada barisan hadapan.

Fasa kedua pula akan tertumpu kumpulan yang berisiko tinggi dan berumur 60 tahun ke atas, manakala fasa

ketiga melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas.

Samad yang juga Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar menambah, selain bertujuan memutuskan rantaian penularan COVID-19, program juga bertujuan memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar terhindar daripada wabak berkenaan.

Sehubungan itu masyarakat sekitar Beluran disaran terus peka terhadap program ini khususnya pada peringkat pemberian vaksin fasa kedua dan seterusnya fasa ketiga.

“Jangan berlengah untuk mendaftar di aplikasi MySejahter­a bagi mendapatka­n vaksin. Pastikan kita hadir pada waktu yang telah ditetapkan untuk dos pertama dan juga dos kedua. Apabila diri kita dilindungi, kita juga dapat melindungi yang lain terutama orang di sekeliling kita,” katanya.

Terdahulu Ketua Penyelaras Pemberian Vaksin Daerah Dr. Norsaini Nion ketika ditemui berkata, walaupun sebahagian barisan hadapan telah menerima vaksin dos pertama dan bakal menerima dos kedua, setiap penerima vaksin masih perlu terus kekalkan tertib Pembudayaa­n Norma Baharu termasukla­h memakai pelitup muka, amal penjarakan fizikal dan mengutamak­an kebersihan diri sepanjang masa.

Tambahnya, program Imunisasi COVID-19 peringkat Daerah Beluran kepada barisan hadapan akan berlangsun­g tiga hari berturut-turut melibatkan seramai 330 orang.

Bagi fasa kedua dan ketiga akan dilaksanak­an mengikut perancanga­n dan akan dimaklumka­n mengikut kesesuaian yang wajar. Sehubungan itu setiap individu, keluarga dan masyarakat disaran terus peka dan maklum berkaitan program pemberian vaksin peringkat daerah.

“Kemas kini dan daftar melalui aplikasi MySejahter­a dan sentiasa rujuk ke klinik kesihatan berdekatan bagi mendapat maklumat yang tepat. Bersamalah kita lindungi diri, lindung semua. Yakin diri, pasti sejahtera semua,” katanya

 ??  ?? DR. NORSAINI
FASA PERTAMA: Sebahagian barisan hadapan yang selesai terima vaksin fasa satu Peringkat Daerah Beluran.
JURURAWAT: Terus cekal melaksanak­an tanggunjaw­ab sepanjang program pemberian vaksin.
DR. NORSAINI FASA PERTAMA: Sebahagian barisan hadapan yang selesai terima vaksin fasa satu Peringkat Daerah Beluran. JURURAWAT: Terus cekal melaksanak­an tanggunjaw­ab sepanjang program pemberian vaksin.
 ??  ?? RASMI: Samad ketika merasmikan program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Beluran.
RASMI: Samad ketika merasmikan program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Beluran.
 ??  ??
 ??  ?? KETUA JABATAN: Antara ketua jabatan yang menerima suntikan vaksin pada program berkenaan.
KETUA JABATAN: Antara ketua jabatan yang menerima suntikan vaksin pada program berkenaan.
 ??  ?? KEMPEN: Dr. Norsaini (kanan) dan Ketua Unit Promosi Kesihatan Awam Beluran Taufik turut berkempen menggalakk­an masyarakat mendaftar melalui aplikasi MySejahter­a.
KEMPEN: Dr. Norsaini (kanan) dan Ketua Unit Promosi Kesihatan Awam Beluran Taufik turut berkempen menggalakk­an masyarakat mendaftar melalui aplikasi MySejahter­a.
 ??  ?? DOS PERTAMA: Pegawai Daerah Beluran Nordin Daling sejurus selesai menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
DOS PERTAMA: Pegawai Daerah Beluran Nordin Daling sejurus selesai menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
 ??  ?? VAKSINASI: Samad ketika menerima suntikan vaksin dos pertama vaksin COVID-19.
VAKSINASI: Samad ketika menerima suntikan vaksin dos pertama vaksin COVID-19.
 ??  ?? SUNTIK: Barisan hadapan yang menerima suntikan vaksin pada program berkenaan.
SUNTIK: Barisan hadapan yang menerima suntikan vaksin pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia